BAYANGKAN kalau kita berupaya untuk berada di pelbagai buah negara dalam masa beberapa jam sahaja? Tidak mustahil impian boleh direalisasikan dengan ciptaan pesawat paling laju di dunia ini.

CHINA sedang membina pesawat hipersonik 12,000 batu sejam (kira-kira 19,312.128 kilometer per jam) yang boleh mengangkut 10 penumpang ke mana-mana sahaja di dunia dalam masa satu jam.

Pesawat sepanjang 148 kaki (45 meter) itu hampir satu pertiga lebih besar daripada Boeing 737 dan mempunyai sayap delta yang serupa dengan Concorde, tetapi dengan hujungnya mengarah ke atas.

Baca juga: China lancar kereta api laju di dunia, capai 600 kilometer sejam

Baca juga: Di sebalik 3 kali skor ‘perfect 10,’ atlet terjun China 14 tahun raih emas untuk tampung rawatan ibu

Menurut Daily Mail, pesawat itu lima kali lebih laju daripada kelajuan bunyi. Wow!

Model pototaipnya didedahkan dalam kajian saintis angkasa lepas China yang terlibat dalam misi Marikh dan bulan negara itu.

Difahamkan para saintis China mengasaskan reka bentuk pesawat itu daripada rancangan yang ditinggalkan oleh Nasa.

Mereka memajukan ciptaan pesawat itu daripada reka bentuk dan teknologi Boeing Manta X-47C yang merupakan sebahagian daripada projek yang ditinggalkan oleh Nasa pada tahun 2000 kerana dikatakan menelan kos terlalu mahal.

Iklan
Boeing Manta X-47C

Baca juga: City Hatchback Serba Baharu Lebih Berjiwa Muda, Ini Fakta Menarik Jentera Berteknologi Termaju Segmen B

Ming Han Tang, bekas jurutera dalam program hipersonik Nasa, mereka bentuk teknologi pesawat X Kenderaan Dua Peringkat (TSV) yang menggunakan dua enjin berasingan tanpa bahagian bergerak pada setiap sisi pesawat.

Mereka menyasarkan untuk melengkapkan binaan kumpulan pertama pesawat hebat itu pada penghujung 2035 dan mengembangkan ia kepada pesawat untuk membawa 100 penumpang menjelang 2045.

Lockheed SR-71 Blackbird

Setakat ini Lockheed SR-71 Blackbird ialah pesawat jet terpantas di dunia.

Iklan

Ia mencapai kelajuan Mach 3.3 iaitu lebih daripada 3,500 kph (2,100 mph) dan hampir empat kali lebih pantas daripada purata kelajuan pelayaran pesawat komersial.

Baca juga: Dakwa didera 3 tahun, wanita sanggup tak bercerai kerana suami terlalu tampan

Sumber: Daily Mail