PORTUGAL adalah sebuah negara maju, ekonomi makmur, sosial dan politik yang stabil serta Indeks Pembangunan Manusia yang sangat tinggi.

Selain itu, kos sara hidup yang murah, pemandangan yang indah dan pilihan visa mesra pengembara menjadikan Portugal negara terbaik untuk didiami pada 2023.

Menurut laporan media antarabangsa, berikut fakta menarik mengenainya;

1. Indeks Tahunan Persaraan Global International Living menyenaraikan 10 negara destinasi persaraan terbaik untuk tahun ini yang bukan sahaja untuk pesara.

2. Memandangkan kerja di luar pejabat sudah menjadi kelaziman dan orang ramai mahukan gaya hidup yang lebih mudah, negara dalam senarai itu mungkin menarik minat generasi muda, lapor United Press International (UPI).

3. Pada 2022, Portugal disenaraikan sebagai negara keenam paling selamat di dunia dalam Indeks Keamanan Global Vision of Humanity.

Baca juga Bukan sekadar hebat di padang, Perancis menjadi destinasi pelancongan paling top di dunia

Kredit foto: geologinesia.com

4. Pertubuhan Kesihatan Dunia menyenaraikan penjagaan kesihatannya ditangga ke-12 dunia berdasarkan kemampuan dan kualiti.

5. Infrastruktur negara itu serupa dengan Amerika Syarikat dan banyak kawasan dilengkapi perkhidmatan Internet gentian optik, menjadikan kerja dari luar pejabat mudah dilakukan.

6. Perpindahan warga asing merupakan perkara biasa di Portugal yang menyumbang kira-kira lima peratus penduduknya.

7. Terry Coles dari International Living berkata seseorang boleh menampung semua perbelanjaan hidup mereka antara AS$2,000 dan AS$3,000 sebulan atau kurang jika mereka memilih kawasan luar bandar. Mexico, Panama, Ecuador dan Costa Rica melengkapkan lima negara teratas dalam senarai itu.

8. Kira-kira 10 peratus penduduk Costa Rica terdiri ekspatriat.

Iklan

Baca juga Teringin melancong ke negara Arab? Ini 14 tempat menarik di Qatar

Kredit foto: sonora.id.com

9. Negara ini mempunyai berpuluh-puluh iklim mikro dan merupakan antara kerajaan paling stabil di dunia, dan digelar sebagai Switzerland Amerika Tengah.

10. Sepanyol, Greece, Perancis, Itali dan Colombia melengkapkan senarai 10 teratas, masing-masing dengan kelebihan tersendiri.

Iklan

11. Kira-kira tiga hingga empat peratus penduduk dunia berpindah ke negara lain setiap tahun.

12. Eropah dan Asia menjadi tuan rumah lebih 60 peratus pendatang, jauh mengatasi Amerika Utara dan seluruh dunia.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.