“TAK pernah membosankan ketika Abang Azim ada. Beliau selalu prank kami, bergurau dan tak pernah buat hidup terlalu serius.”

Itu perkongsian Putera Sultan Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen perihal arwah abang, Pengiran Muda Haji Abdul Azim di Twitter miliknya malam tadi.

Kongsi beliau lagi,

“Saya menghabiskan setiap hari sepanjang masa kecil saya dengan abang saya, beliau banyak mengajar saya dan menjadikan saya siapa saya hari ini, dan untuk itu saya sentiasa bersyukur.

Awal tahun ini, abang saya didiagnosis dengan systemic vasculitis, yang merupakan penyakit auto immune.

Penyakit auto immune adalah keadaan sistem imun yang tidak normal di mana antibodi menyerang tisu badannya sendiri.

Pada saat yang sama, beliau juga menghadapi gangguan bipolar yang membuatkan beliau bertarung dengan lebih kuat.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Perkhabaran duka, anak Sultan Brunei, Pengiran Muda Abdul Azim mangkat

Iklan

Akhirnya, abang saya mengalami kegagalan organ yang banyak disebabkan oleh jangkitan berterusan, disebabkan oleh penyakit auto immune, yang menyebabkannya mangkat pada pagi 24 Oktober lalu.

Kami ingin berkongsi maklumat ini mengenai penyakit arwah kerana saya tahu ini juga dikehendaki oleh abang saya. Beliau juga seorang penyokong yang kuat untuk beri kesedaran kepada pelbagai sebab.

Walaupun saya dan keluarga semua patah hati dan sangat mencintainya, kami tahu bahawa Allah lebih menyayanginya; ‘sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan sesungguhnya bagi-Nya
kami akan kembali’

Terima kasih kepada semua orang atas ucapan takziah anda dan kerana mengingati Putera Azim dan keluarga saya dalam ingatan dan doa anda. Kami baik-baik saja. Kami hanya merinduinya.
‘Hingga kita bertemu lagi bang. Al Fatihah

All my love, Adi Mateen.”

Sebelum ini, dunia dikejutkan kemangkatan anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Pengiran Muda Haji Abdul Azim pada 24 Oktober 2020 bersamaan 7 haribulan Rabiulawal 1442. Al-Fatihah.

Iklan