Rakan baik jadi madu, lelaki 17 tahun miliki dua isteri serentak

Rakan baik jadi madu, lelaki 17 tahun miliki dua isteri serentak
Rakan baik jadi madu, lelaki 17 tahun miliki dua isteri serentak
A
A
A

BIASA yang kita dengar individu yang berkahwin lebih daripada satu atau poligami adalah golongan yang telah berusia.

Namun berbeza yang terjadi di Indonesia apabila seorang remaja lelaki berumur 17 tahun melangsungkan pernikahan dengan dua orang gadis serentak pada hari yang sama.

Menurut laporan berita Suara.com, kejadian di wilayah Sumatera Selatan itu menjadi tular kerana perkahwinan dilakukan dalam tempoh selang dua jam pada Jumaat lepas.

Remaja dikenali sebagai Supandi itu menikahi Annisa dan Sangkut yang sama usia dan ketiga-tiganya juga berasal dari kampung yang sama.

Menurut Setiausaha Kampung Karang Anyar, Wildan Hakim, ketiga-tiga remaja tersebut sememangnya mempunyai hubungan yang rapat sejak beberapa tahun lalu.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Digantung tidak bertali

Katanya, kedua-dua datuk pengantin perempuan itu juga merupakan adik-beradik.

Menurutnya, malah pernikahan berkenaan telah dirancang dan berlangsung di rumah pengantin perempuan.

Upacara akad nikah pertama antara Supandi dan Annisa dilangsungkan di rumah keluarga gadis itu pada pukul 1 petang (waktu tempatan), manakala akad nikah bersama Sangkut dilakukan di rumah gadis itu pada pukul 3 petang (waktu tempatan).

Baca juga Pengetua sanggup habiskan sisa makanan pelajar, pupuk amalan tidak suka membazir

Ujar Wildan, pernikahan itu direstui oleh kedua-dua keluarga. Bagaimanapun mereka hanya melangsungkan upacara akad nikah terlebih dahulu manakala majlis perkahwinan akan diadakan pada tahun depan.

Pun begitu, kata Wildan lagi, pemerintah kampung telah mengingatkan ketiga-tiga pengantin baharu itu bahawa pernikahan tersebut dikategorikan adalah perkahwinan bawah umur dan semua keluarga akur pasangan berkenaan perlu tinggal bersama ibu bapa masing-masing.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang