ISRAEL. Negara yang penuh kontroversi apabila isu persengketaan dengan Palestin gara-gara perebutan tanah masih belum berakhir sejak sekian lama.

Banyak kisah dan tragedi berdarah yang sering dipaparkan dalam media dek pergolakan yang tidak pernah padam sehingga mengorbankan banyak nyawa.

Pun begitu, ada kisah menarik mengenai satu gua yang menerima jolokan gua paling mengerikan di kawasan gurun Judea tersebut.

rangka israel

Gelaran itu diberikan selepas penemuan lebih 40 rangka manusia sejak kerja penggalian pakar arkeologi di kawasan gua tersebut sejak 1960-an.

Gurun yang terletak di wilayah timur Israel itu menyingkap pelbagai misteri termasuk penemuan rangka kanak-kanak berusia lebih 6,000 tahun baru-baru ini.

rangka israel

Ya! Rangka kanak-kanak yang diawet sempurna itu ditemui di dalam gua yang hanya boleh diakses menggunakan tali sahaja.

Lapor Smithsonian Magazine, rangka kanak-kanak yang ditemui itu masih mempunyai kulit, tendon dan rambut yang diawet sempurna.

rangka israel

Hasil imbasan Computed Tomography mendapati, rangka budak yang dianggarkan berusia enam hingga 12 tahun itu dikenal pasti sebagai perempuan.

Budak itu seolah-olah sedang tidur dalam selimut.

Itu yang digambarkan seorang pakar sejarah, Ronit Lupu yang menceritakan mengenai penemuan menarik itu.

“Cara pembungkusan mayat itu dengan dialaskan kain dibawahnya seolah-olah sedang menyelimuti kanak-kanak tersebut.

rangka israel

“Secebis perca kain masih utuh dalam genggaman tangan kanak-kanak tersebut,” kata pakar Israel Antiquities Authority (IAA) itu.

Agak menyeramkan apabila mayat kanak-kanak masih utuh walaupun dikatakan sudah berusia lebih 6,000 tahun. Barangkali, cara pengawetan mayat pada zaman dahulu agak luar biasa.

Iklan

Teringat pula cerita mengenai mumia Firaun yang diawet dan ditanam di gurun pasir yang panas kerana mahu melambatkan proses pereputan.

Bukan sahaja rangka kanak-kanak itu ditemui, bahkan gulungan kitab lama yang diselaputi air Laut Mati dan bakul tertua di dunia.

rangka israel

Cebisan teks kuno itu dikatakan antara yang paling awal ditulis dalam bahasa Ibrani dan dianggarkan berusia 2,000 tahun yang diterjemah dalam bahasa Yunani.

Barangkali kata penyelidik, teks tersebut antara bukti ketika zaman pemberontakan Yahudi terhadap ibu negara Itali, Rom satu ketika dahulu.

Pasti ramai tertanya-tanya, apakah isi yang terkandung di dalam bakul yang berusia lebih 10 tahun itu? Hasil penemuan didedahkan seperti kepala busur dan duit syiling.

Iklan

rangka israel

rangka israel

Di Malaysia pun tidak kurang hebatnya apabila beberapa gua di Semenanjung juga mencatat sejarahnya tersendiri dengan penemuan artifak penting.

Antaranya seperti di Baling, Kedah, beberapa gua di Gunung Pulai menjadi tumpuan pakar sejarah dan arkeologi tempatan kerana penemuan artifak berusia 17,000 tahun.

Bukti prasejarah pada zaman Paleolitik ditemui seperti perkakas batu, kulit siput dan serpihan tembikar ditemui di Gua Kelambu, Gua Tembus dan Gua Akar.