Rela habiskan 160 biji limau dalam 30 minit semata-mata nak elak caj bagasi
BAGI korang yang sering menggunakan perkhidmatan penerbangan, isu berkaitan bayaran bagasi adalah antara perkara yang diambil perhatian.
Tidak dinafikan kita boleh membawa sebanyak mana bagasi asalkan ia tidak melebihi had peruntukan bagasi berdaftar yang dibeli atau yang diberikan secara percuma oleh syarikat penerbangan.
Namun ada yang tidak sanggup berbuat demikian kerana bayaran yang dikenakan mahal atau melebihi bajet perjalanan.
Seperti yang dilakukan empat penumpang pesawat di China ini yang enggan membayar bayaran bagasi sebanyak 300 yuan (RM198.28) gara-gara membawa sekotak buah limau.
Baca juga: Sakit tekak, batuk ketika makan buah limau Mandarin? Ini cara terbaik untuk buang bahan pengawet
Limau seberat 30 kilogram berkenaan difahamkan dibeli semasa kunjungan mereka ke wilayah Yunnan, China atas dasar perniagaan.
Jumlah limau di dalam kotak berkenaan ialah 160 biji telah dibeli dengan harga USD7.70 (RM32.23).
Lelaki berkenaan dikenali sebagai Wang dan rakannya menyedari tidak mampu membayar bayaran bagasi mengambil keputusan untuk menghabiskan semua limau ketika di lapangan terbang.
Menerusi video pendek di Weibo, Wang dan tiga lagi rakannya menghabiskan buah berkenaan dalam masa yang singkat.
"Kami hanya berdiri di sana dan makan semuanya. Ia mengambil masa kira-kira 20-30 minit," kata Wang.
Bagaimanapun, selepas selesai memakan limau berkenaan, mereka mula mengalami ulser di dalam mulut.
"Kami tidak mahu makan limau lagi," kata Wang.
Netizen di platform media sosial China, Weibo terhibur dengan gelagat lelaki berkenaan.
"Tidakkah mereka boleh membungkus limau itu ke dalam empat bagasi tangan dan membawanya ke dalam kabin secara percuma?" kata seorang daripada mereka.
Baca juga: 8 fakta menarik mengenai perayaan Chap Goh Mei dan sebab kenapa limau ada nombor telefon
Jom follow Sinarplus di Instagram!
Sumber: Global Times
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang