SEPERTI apa yang ditetahui umum, pada 12 Februari lalu, masyarakat Tionghua telah menyambut perayaan Tahun Baharu Cina.

Kebiasaannya, kira-kira dua minggu selepas masyarakat Cina di negara ini meraikan Tahun Baru, ia akan disusuli satu lagi perayaan iaitu Chap Goh Mei, yang turut disambut meriah dengan letupan mercun dan bunga api.

Namun, korang tahu tak apa itu perayaan Chap Goh Mei?

Mungkin ramai akan bertanya “Apa itu Chap Goh Mei?” Apakah kepentingan sambutan ini selepas Tahun Baru Cina?

8 fakta menarik mengenai perayaan Chap Goh Mei dan sebab kenapa limau ada nombor telefon

Terdapat banyak fakta menarik mengenai hari terakhir Tahun Baru Cina ini. Walaupun tiada cuti Chap Goh Mei, adat sambutan Chap Goh Mei tetap dipraktikkan dalam kalangan masyarakat Cina.

Jom SinarPlus kongsikan beberapa fakta menarik mengenai perayaan Chap Goh Mei.

1. Pertama sekali Istilah Chap Goh Mei adaah berasal dari dialek Hokkien yang bermakna malam ke-15 bagi Tahun Baru Cina yang mana ia juga menandakan hari terakhir bagi sambutan Tahun Baru Cina.

Untuk pengetahuan, Chap memberi maksud ‘10’, Goh adalah ‘lima’ dan Mei pula adalah ‘malam’.

2. Hari Chap Goh Mei juga dikenali sebagai ‘Valentine’s Day’ versi Cina dan Festival Tanglung.

Menurut mitos dan tradisi sambutan Chap Goh Mei, wanita yang belum berkahwin akan melontar buah limau Mandarin bersama nama dan nombor telefon tertulis di buah itu ke dalam sungai untuk mencari pasangan hidup.

8 fakta menarik mengenai perayaan Chap Goh Mei dan sebab kenapa limau ada nombor telefon

Dipercayai bahawa jika buah tersebut dijumpai dan dikutip oleh seseorang, wanita berkenaan akan mempunyai peluang untuk dapat suami yang baik.

Di Malaysia, tradisi itu dapat disaksikan di Esplanade, Pulau Pinang yang mana ada pertandingan diadakan setiap tahun untuk para lelaki ambil buah limau Mandarin yang dilontarkan oleh gadis-gadis dari bot.

Iklan

3. Pesta Chap Goh Mei juga disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara besar-besaran, yang mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga.

4. Seperti Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei disambut dengan penuh kemeriangan dan kebahagiaan.

Walaupun perayaan itu tidak diiktiraf sebagai cuti umum di Malaysia, ia satu perayaan yang dinanti-nantikan oleh komuniti Cina kerana ada sebahagiannya yang beranggapan Chap Goh Mei merupakan Hari Kekasih versi kaum itu.

5. Pada malam perayaan Chap Goh Mei, kebiasaannya masyarakat Cina akan berkumpul dan makan secara besar-besaran dengan hidangan tradisi Yuan Xiao (beras pulut berbentuk bulat) selain rumah yang dihias cantik dengan lampu-lampu merah bagi menghidupkan lagi suasana.

Iklan

6. Secara adatnya, pada hari tersebut, akan dimainkan muzik balada cinta yang dipanggil Dondang Sayang yang diperdendangkan di jalanan dengan instrumen biola, gendang dan gong. Ada ketika, ia menjadi komedi apabila liriknya digubah sendiri oleh penyanyi.

8 fakta menarik mengenai perayaan Chap Goh Mei dan sebab kenapa limau ada nombor telefon7. Rumah-rumah akan dihiasi dengan lampu yang terang serta tanglung merah sebagai tanda pengakhiran Tahun Baru Lunar ini. Tokong-tokong cina akan dipenuhi orang untuk memohon keberkatan sempena tahun baru.

8. Kebiasaannya Pulau Pinang merupakan salah satu daripada negeri di Malaysia yang membuat sambutan besar-besaran meraikan Chap Goh Mei.

Walaupun perayaan Chap Goh Mei disambut oleh masyarakat Cina, tak salah rasanya untuk penganut agama dan kepercayaan lain turut sama menghormati dan tahui serba sedikit tentangnya. Betul tak?