Remaja 15 tahun sakit perut, rupa-rupanya ada wayar dan pengikat rambut dalam perut. Ini reaksi doktor

A
A
A

Remaja 15 tahun sakit perut, rupa-rupanya ada wayar dan pengikat rambut dalam perut. Ini reaksi doktor

PAKAR perubatan di sebuah hospital di Diyarbakir, Turki bukan sahaja pelik, malah gempar apabila menjumpai kabel wayar sepanjang 1 meter dari perut seorang remaja lelaki.

Menurut laporan Mirror UK, mangsa yang berusia 15 tahun terlebih dulu mengadu loya dan sakit perut.

Disebabkan bimbang dengan situasi itu, ahli keluarganya telah merujuk beliau berjuma doktor.

Bukan sahaja menemui wayar, menerusi imbasan sinar-X, pegawai kesihatan turut menemui pengikat rambut.

Disebabkan khuatir dengan kemungkinan wayar akan bergulung di dalam perut, pihak doktor mengambil pendekatan dengan membawa mangsa ke Hospital Universiti Firat di Elazig yang mengambil masa dua jam.

 

Kredit foto: Karolina Grabowska

Setibanya di sana, Ketua Jabatan Gastroenterologi, Hepatologi dan Pemakanan Pediatrik, Prof Dr Yasar Dogan bersama pasukannya, segera merawat remaja berkenaan.

Objek asing yang diperkatakan dikeluarkan dengan melakukan prosedur endoskopi.

Beritahu Dr Yasar, kejadian yang menimpa remaja itu masih mengelirukan mereka.

“Sewaktu menjalankan prosedur itu, kami mengalami kesukaran kerana hujung kabel telah memasuki ke dalam usus kecil.

“Setelah ia berjaya dikeluarkan, alangkah terkejutnya apabila kami mendapati wayar itu berukuran 1 meter (tiga kaki) setelah ia direntangkan dengan lurus,” katanya ketika ditemu bual Mirror UK.

 

Kredit foto: Lukas

Sebaik prosedur selesai, pesakit dibenarkan pulang dan berada dalam keadaan sihat.

Melihat kepada kisah-kisah pelik yang pernah berlaku, SinarPlus berkongsi beberapa insiden lain yang aneh, antaranya:

1. Kanak-kanak tertelan gumpalan biji magnet.

Kredit foto: Pexels

- Kejadian berlaku di United Kingdom apabila seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun nyaris maut akibat tertelan gumpalan biji magnet.

- Ibu mangsa menyedari kesihatan anaknya semakin lemah setelah muntah berkali-kali dan sakit perut yang melampau. Beliau dengan segera membawa si kecil itu ke hospital berhampiran.

- Pemeriksaan mendapati sebanyak enam biji magnet di dalam perut mangsa.

- Difahamkan kanak-kanak berkenaan telah meniru aksi yang dipaparkan di laman sosial, TikTok.

2. Seorang remaja lelaki menelan 14 batang berus gigi dan tiga paku.

Kredit foto: cottonbro studio

- Kejadian aneh itu berlaku di Uttar Pradesh, India. Seorang pemuda berusia 14 tahun cuba untuk menghentikan tabiat makan makanan yang buruk dengan menelan 14 batang berus gigi dan tiga paku.

- Pemuda berkenaan percaya dengan melakukan perbuatan tersebut, beliau dapat mengusir roh jahat yang cuba merasuki dirinya.

- Rentetan itu, remaja tersebut mengalami sakit perut yang melampau dan dikejarkan ke Baba Raghav Das Medical College.

- Setelah mengetahui punca, doktor dengan segera melakukan pembedahan untuk mengeluarkan objek asing itu.

3. Seorang lelaki menelan hampir 1 kilogram (kg) logam.

Kredit foto: Pixabay

- Seorang lelaki di Lithuania telah dikejarkan ke hospital setelah menelan hampir 1kg logam dengan alasan untuk berhenti daripada tabiat meminum arak.

- Mangsa mengakui telah menelan paku, skru, nat dan pisau.

- Beritahu pakar, terdapat objek yang panjangnya melebihi empat inci dan pembedahan mengambil masa selama tiga jam di Hospital Universiti Klaipeda, Lithuania.

Baca juga: Bayi 8 bulan di ambang maut, tertelan pengetip kuku 15 cm dalam kerongkong

Baca juga: Gara-gara leka memasak, ibu tak perasan anak tertelan pisau cukur. Apa yang terjadi selepas itu?

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang