SEORANG remaja berusia 19 tahun meninggal dunia setelah dua minggu dilaporkan diperkosa dan diseksa bergilir-gilir.

Remaja itu diserang ketika sedang memotong rumput pada 14 September lalu.

Dilaporkan oleh Tribunnews memetik Guardian, kejadian itu berlaku di Hathras, sebuah daerah di negeri Uttar Pradesh, India.

Menurut laporan tersebut, pelaku durjana itu tiba-tiba menyerang dan menariknya ke padang dengan menggunakan selendang.

Kemudian, mereka menyerang remaja itu secara seksual dan cuba mencekiknya.

Remaja itu ditemui oleh keluarganya dalam keadaan tubuhnya berdarah dan lumpuh serta tulang belakangnya patah.

Mangsa dikejarkan ke hospital di Kita Aligargh dan telah dipindahkan ke Delhi.

Iklan

Namun, mangsa tidak dapat diselamatkan kerana keadaan lukanya yang parah dan meninggal dunia semalam.

Berikutan kejadian ini, pihak polis sedang menyiasat dan setakat ini telah menangkap empat lelaki.

Menurut polis Hathras, mereka ditangkap dan didakwa melakukan rogol dan bunuh.

Iklan

Sementara itu, kejadian tragis yang menimpa remaja malang itu telah mencetuskan tunjuk perasaan di India.

Lebih daripada 300 penunjuk perasaan dari Bhim Army menuntut keadilan bagi mangsa.

Sejumlah selebriti India, termasuk pelakon Bollywood dan atlet profesional, juga menggunakan media sosial mereka untuk meminta pemerintah menerapkan dasar yang melindungi wanita.