Remaja 'simpan' bayi dalam peti ais hingga maut
SEORANG remaja di Rusia sanggup menyembunyikan bayinya yang baru lahir di dalam peti ais kerana tidak mahu ibu bapanya mengetahui yang dia telah hamil dan bersalin.
Metro melaporkan, remaja yang berumur 14 tahun itu masih belajar dipercayai menjalin hubungan cinta dengan seorang budak lelaki berusia 16 tahun.
Malangnya, hubungan mereka berakhir di antara bulan Jun hingga Ogos lalu. Ketika itu remaja tersebut sudah hamil namun merahsiakan daripada semua orang.
Termasuklah keluarga atau guru di sekolah, tidak menyedari yang dia telah hamil. Akibatnya, remaja tersebut melahirkan anaknya sendirian.
Kerana takut, kehamilan dan kelahiran diketahui umum, remaja terbabit telah bertindak 'menyimpan' bayinya di dalam peti ais.
Pada malam selepas dia bersalin, gadis itu mengalami pendarahan yang banyak. Namun, dia masih tidak memaklumkan kepada keluarganya.
Artikel berkaitan: Wow! Pesawat A380 Singapore Airlines jadi restoran mewah
Sehinggalah ibunya terdengar jeritan dari bilik dan menyangka anaknya menghidap radang usus lantas memanggil ambulans untuk ke hospital.
Setelah diperiksa paramedik, remaja tersebut mengakui yang dia telah bersalin. Dia turut akui telah menyembunyikan bayinya di dalam peti ais.
Kini, remaja itu berada di hospital dalam keadaan serius namun malangnya bayi berkenaan ditemui beku dan telah mati di dalam peti ais.
Pegawai Jawatankuasa Penyiasat Rusia, Anastasia Kuleshova, mengatakan punca kematian bayi itu sedang disiasat.
Kes tersebut dianggap sebagai kes yang mengerikan di negara itu
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang