Wow! Pesawat A380 Singapore Airlines jadi restoran mewah

Wow! Pesawat A380 Singapore Airlines jadi restoran mewah
Wow! Pesawat A380 Singapore Airlines jadi restoran mewah
A
A
A

SEPERTI sedia maklum semua industri terkesan dengan pandemik Covid-19 yang melanda dunia kini.

Antara paling terjejas adalah industri penerbangan.

Seperti pengusaha industri penerbangan di Singapura ini, demi mencari alternatif menjana pendapatan, mereka menawarkan perkhidmatan restoran dalam pesawat.

Lapor AFP, Sabtu lalu buat pertama kalinya dua pesawat Singapore Airlines ditukar kepada restoran yang menawarkan pengalaman unik kepada pengunjung menikmati makanan tengah hari sambil menonton filem.

Menurutnya, lebih 400 pengunjung tidak melepaskan peluang menjalani pemeriksaan keselamatan seperti biasa di Lapangan Terbang Changi sebelum menaiki pesawat Singapore Airlines untuk menjamu selera.

Syarikat penerbangan yang membuang ribuan pekerja dan 'merehatkan' hampir semua pesawatnya tahun ini menawarkan pengunjung menjamu selera di dua pesawat penumpang terbesar di dunia, A380.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Ligat main drum, bakat kanak-kanak perempuan 5 tahun ini tular seluruh dunia

Sebahagian daripada tempat duduk dibiarkan kosong sebagai mematuhi SOP penjarakan fizikal.

Syarikat penerbangan itu menawarkan lapan hidangan dalam suite kelas pertama pada harga 642 dolar Singapura (RM1,967) serta 53 dolar Singapura (RM162) bagi tiga hidangan dalam kelas ekonomi.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang menjelajah pesawat dua tingkat itu dan dibenarkan merakamkan gambar kenangan bersama juruterbang dalam kokpit.

Kaedah makan dalam pesawat itu terbukti popular dan mendapat permintaan tinggi apabila syarikat penerbangan itu umumkan enam sesi tambahan.

Semua 900 tiket hidangan tengah hari habis terjual dalam tempoh 30 minit ketika sesi tempahan dibuka awal bulan ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang