MANUSIA tak pernah tahu di mana dia harus menjemput rezekinya.

Tapi, rezekinya pasti tahu di mana pemiliknya. Rezeki tak pernah salah alamat!

Begitulah situasi dilalui seorang penarik beca bernama Budha Samal yang ibarat mendapat durian runtuh apabila diberi wasiat bernilai RM559,000.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Bukan kerana ikatan kekeluargaan namun demi budi yang dicurahkan!

Seorang wanita berusia 63 tahun di bandar Cuttack, Odisha, India sanggup mewasiatkan seluruh hartanya sekitar 1 crore rupee (RM559,623) kepada Budha yang menjaganya sejak kematian suami dan anak.

India Times melaporkan wanita dikenali sebagai Minati Patnaik menyerahkan rumah tiga tingkat di kawasan Sutahat, barangan kemas dan semua aset lain kepada penarik beca tersebut.

Difahamkan, Budha bersama isteri dan dua anak lelakinya berkhidmat untuk Minati dan ahli keluarganya.

Rezeki tak pernah salah alamat! Si penarik beca terima wasiat bernilai RM559,000
Minati Patnaik (duduk tengah) bersama keluarga Budha Samal.

Minati yang berasal dari Sambalpur berkahwin dengan hartawan di bandar Cuttack, Krishna Kumar Patnaik dan sebelum ini hidup gembira bersama anak perempuan mereka, Komal.

Dek kematian suaminya dua tahun lalu serta pemergian anak perempuan baru-baru ini, Minati ibarat hilang semuanya dan semua harta yang ada tiada lagi nilai buat dirinya.

Ceritanya, ketika dirinya meratap kesedihan tiada seorang pun saudara mara berada di sisi. Dia keseorangan.

Bagaimanapun, penarik beca dan keluarganyalah yang menjaga kesihatan Minati tanpa diminta. Budha dan keluarganya jua mengabdikan diri untuk berkhidmat kepada Minati yang kesepian itu.

Iklan

Selepas melihat kesungguhan, khidmat tanpa jemu dan komitmen Budha, Minati nekad dengan keputusan itu.

Selepas memberi harta tersebut, Minati yakin tiada siapa yang akan mengganggu Budha dan keluarga selepas kematiannya nanti.

Baca juga Kanak-kanak 2 tahun tergelincir jatuh dari denai setinggi 30 meter, tindakan pemuda ini buat ramai tabik spring

Menurut Budha, dia sudah berkhidmat dengan keluarga Minati sejak 25 tahun lalu dan tidak pernah mengimpikan harta itu. Dia juga tidak pernah membawa penumpang lain di dalam becanya.

Iklan

Nekadnya, dia akan sentiasa berusaha untuk memastikan keluarganya sentiasa dan akan terus menjaga Minati selagi dia masih bernyawa.

Sumber: India Times, Agensi