Sah angkara burung! Bulu & darah ditemui dalam kedua-dua enjin pesawat, nahas udara Jeju Air paling buruk dalam sejarah Korea Selatan, 4 kes seumpamanya di dunia

No Image Caption
A
A
A

TERHEMPAS dan terus terbakar, penulis masih boleh mengingati rakamannya. Penerbangan 2216 Jeju Air meletup yang dalam sekelip mata ketika sedang meluncur laju!

Hanya dua kru di bahagian ekor pesawat terselamat, insiden yang dikatakan sebagai terburuk dalam sejarah penerbangan Korea Selatan itu mengorbankan 179 nyawa.

20 hari berlalu, hasil siasatan akhirnya menemui bulu burung dan darah dalam kedua-dua enjin pesawat sekali gus mengesahkan unggas tersebut sebagai punca nahas.

No Image Caption

Pesawat Boeing 737-800 berkenaan yang berlepas Bangkok, menuju ke daerah Muan di barat daya Korea Selatan, mendarat tanpa tayar dan terbabas dari landasan lapangan terbang wilayah itu sebelum terbakar setelah melanggar tebing.

Menurut pihak berkuasa negara berkenaan, kira-kira empat minit sebelum nahas maut itu, salah seorang juruterbang sempat melaporkan pelanggaran burung dan mengisytiharkan keadaan cemas sebelum memulakan prosedur go-around dan cuba mendarat di landasan.

No Image Caption

Dua minit sebelum juruterbang mengisytiharkan panggilan kecemasan Mayday, kawalan trafik udara telah memberi amaran supaya berhati-hati kerana aktiviti burung di kawasan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, penyiasat mendapati bahawa bulu burung ditemui pada salah satu enjin yang ditemui di lokasi nahas, sambil menambah bahawa rakaman video menunjukkan terdapat pelanggaran burung pada enjin tersebut.

Kementerian Pengangkutan Korea Selatan enggan mengulas sama ada bulu burung dan darah ditemui dalam kedua-dua enjin.

No Image Caption

Kedua-dua kotak hitam pesawat itu yang merupakan kunci untuk menentukan punca nahas bulan lalu itu juga berhenti merakam kira-kira empat minit sebelum kemalangan berlaku, menyukarkan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian.

Sim Jai-dong, bekas penyiasat kemalangan kementerian pengangkutan wilayah itu berkata, kehilangan data itu mengejutkan dan mencadangkan semua kuasa, termasuk kuasa sandaran, mungkin telah terputus, yang jarang berlaku.

Pelanggaran burung yang menjejaskan kedua-dua enjin juga jarang berlaku dalam penerbangan di peringkat global.

4 INSIDEN UDARA DIKAITKAN PERLANGGARAN BURUNG

1-Penerbangan US Airways 1549

Penerbangan US Airways 1549 menjadi tumpuan dunia pada 15 Januari 2009, apabila ia berjaya mendarat kecemasan di Sungai Hudson selepas bertembung dengan sekawan itik Kanada (Canada geese) tidak lama selepas berlepas.

Pesawat Airbus A320-214 dikendalikan Kapten Sullenberger dan Pembantu Juruterbang Skiles yang membawa 150 penumpang dan lima anak kapal berjaya mengemudi pesawat dan melakukan pendaratan di atas air dengan hampir sempurna.

Pendaratan berkenaan menyelamatkan kesemua 155 orang penumpang dan anak kapal. Ia malah telah diabadikan di layar perak menerusi filem Sully (2016) yang diarahkan oleh Clint Eastwood.

2-Penerbangan Ethiopian Airlines 302

Pesawat Boeing 737 MAX 8 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bole, Addis Ababa, Ethiopia ke Lapangan Terbang Antarabangsa Jomo Kenyatta, Nairobi, Kenya membawa 149 penumpang dan lapan anak kapal.

Berlepas pada jam 8.38 waktu tempatan, namun pesawat itu mengalami masalah kawalan kurang daripada dua minit selepas berlepas.

Masalah kawalan penerbangan, perlanggaran dengan burung atau objek lain dipercayai telah merosakkan sensor yang dikenali sebagai sensor Sudut Serangan (Angle of Attack - AoA), yang menyediakan data penting kepada sistem pesawat.

Hanya enam minit selepas berlepas, pesawat itu terhempas berhampiran bandar Bishoftu, kira-kira 62 kilometer tenggara Addis Ababa mengorbankan semua 157 orang penumpang dan anak kapal.

3-El Al Flight 1862

Insiden pada tahun 1992 itu menyaksikan pesawat kargo Boeing 747 berlepas dari Amsterdam dan bertembung dengan sekumpulan burung camar (seagulls).

Perlanggaran menyebabkan salah satu enjin terlepas dan merosakkan sayap pesawat. Pesawat terhempas ke kawasan perumahan menyebabkan 43 kematian termasuk empat kru.

4-Eastern Air Lines Flight 375

Nahas ini berlaku pada tahun 1960 melihatkan Penerbangan 444 yang terbang dari Lapangan Terbang LaGuardia, New York City terhempas di Lapangan Terbang Logan, Boston, Massachusetts.

Pesawat bertembung dengan sekawan burung perling semasa berlepas, menyebabkan kerosakan pada enjin.

Pesawat malang itu terhempas ke dalam laut menyebabkan 62 orang maut manakala 10 orang lagi berjaya diselamatkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang