Kemalangan tragis: 2 anak belum tahu ibu bapa & adik sudah tiada. Ibu saudara kenang detik terakhir. 'Dia tak henti melambai sehingga...'

No Image Caption
A
A
A

YATIM piatu sekelip mata, dua beradik mangsa kemalangan tragis di di antara laluan Simpang Ampat ke Ayer Keroh iaitu di Kilometer 204.0 Lebuh Raya Utara Selatan, Muhammad Uwais Al-Qarni, 7, dan Nur Sofea Humaira, 4, masih bertarung nyawa di Hospital Melaka.

Lebih menyedihkan, kedua-dua mereka masih belum dimaklumkan pemergiaan ibu bapa, Khairul Ikhwan Mazupi, 32; bersama penumpang iaitu isterinya, Fadzlenna Ramli, 32; anak bongsu mereka, Muhammad Umar, 2.

Perkara itu didedahkan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri, Datuk Ngwe Hee Sem yang menziarahi dua beradik itu yang bertujuan menjaga emosi dan yang sedang menjalani rawatan.

“Apa yang boleh saya maklumkan, kedua-dua kanak-kanak itu, Muhammad Uwais Al-Qarni Khairul Ikhwan dan Nur Sofea Humaira belum tahu ibu dan bapanya telah tiada.

No Image Caption

“Mereka tidak mahu ganggu emosi Muhammad Uwais yang mengalami kecederaan parah di paha kanannya apabila tulangnya pecah dan adiknya juga baru sahaja selesai pembedahan dan pastinya masih dalam kesakitan,” katanya.

DATUK JANJI JAGA CUCU

Sementara itu, bapa Allahyarham Khairul Ikhwan iaitu Datuk Mazupi Abdul Rahman berjanji akan menggalas tanggungjawab menjaga cucu-cucunya yang kini yatim piatu.

Artikel Berkaitan:

"Arwah masih meninggalkan dua orang anak berumur empat dan tujuh tahun yang kini menerima rawatan di Zon Merah dan Zon Kuning Hospital Melaka. Insya-ALLAH saya perlu ambil tanggungjawab sebab mereka cucu saya, besan pun meninggal juga," ujarnya

Pesara Polis DiRaja Malaysia itu sempat mengenang keperibadian Allahyarham sebagai anak yang taat dan tinggi budi pekerti selain suka membantu orang lain.

No Image Caption

Mazupi juga berkata, Allahyarham Khairul Ikhwan ke rumahnya untuk meminjam kenderaan pelbagai guna (MPV), namun tidak sempat berjumpa kerana ketika itu beliau berada di surau.

Mengakui terkejut dengan kehilangan anak, menantu, cucu dan besan, Mazupi berkongsi memori pilu sementelah sangat rapat dengan anak arwah yang paling bongsu, Allahyarham Muhammad Umar.

Malah katanya, beliaulah menghantar si kecil itu ke tadika setiap hari.

LAMBAIAN TERAKHIR ANAK SAUDARA

Adik Allahyarham Khairul Ikhwan, Nur Aqilah Mazupi, 30, berkata majlis perjumpaan keluarga yang diatur abang dan kakak iparnya di Bandar Baru Bangi, Selangor baru-baru ini merupakan kali terakhir beliau bertemu Allahyarham Muhammad Umar.

Kata Nur Aqilah, anak saudaranya yang berusia dua tahun teruja dapat bersama ibu saudara dan datuk nenek pada majlis perjumpaan keluarga itu dan tidak berhenti melambai selamat tinggal ketika mereka berlepas pulang di Bandar Baru Bangi.

No Image Caption

"Dia melambai laju ketika mereka hendak beredar. Dia tidak berhenti melambai kepada saya sehinggalah kereta itu hilang daripada pandangan," katanya.

Lebih memilukan, mereka sekeluarga juga baharu sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ketiga-tiga cahaya mata, kira-kira seminggu lalu.

“Arwah abang saya memberitahu bahawa dia mengadakan sambutan bersama itu untuk berlaku adil kepada semua anaknya kerana dua anaknya adalah bayi Disember dan seorang lagi dilahirkan pada Februari.

“Sambutan hari jadi itu diadakan di rumah nenek saya di Bangi, Selangor,” katanya.

Nuraqilah berkata, beliau tidak pernah menyangka perhimpunan di Melaka itu adalah kali terakhir bertemu keluarga abangnya.

No Image Caption

Jenazah Khairul Ikhwan, Fadzlenna Ramli, Muhammad Umar Khairul Ikhwan, bapa Fadzlenna, Ramli Ab Wahab, dan Fauziah Jaafar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Bangi Kampung Sungai Tangkas.

Imbas kembali, lima sekeluarga itu maut selepas bas persiaran dipercayai cuba mengelak daripada melanggar tayar yang tercabut dari sebuah lori treler, namun terbabas dan merempuh tiga kenderaan lain dari arah bertentangan termasuk MPV yang dinaiki.

Kemalangan tragis itu juga turut mengorbankan pemandu bas pelancong, Noorisnien Khamid, 56, dan penumpang bas persiaran warga Singapura Lamrah Asid Ali, 66.

Semoga anak-anak Allahyarham kuat dan tabah serta cepat sembuh. Al-Fatihah buat mangsa-mangsa yang sudah tiada.

Sumber: Sinar Harian, Majoriti

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang