Sakit perut 20 tahun, bergolok bergadai beli ubat, wanita terkejut rupanya gunting tertinggal masa bedah

A
A
A

SEORANG wanita terus-menerus menderita sakit perut selama 20 tahun. Keluar masuk hospital hanya kerana sebilah gunting pembedahan.

Menurut Oddity Central, Bachena Khatun, 55, mengalami sakit perut yang berterusan sejak menjalani pembedahan di sebuah klinik 20 tahun lalu.

Selepas menghabiskan wang simpanannya untuk pembedahan, wanita itu dibenarkan keluar dari hospital dengan preskripsi.

Tetapi dalam beberapa hari dia akan mengalami sakit di perutnya semula.

Baca juga: Letusan gergasi 1,000 tahun sekali gunung berapi Tonga beri impak hingga ke Alaska!

Apabila sakit perut berterusan, Bachena mendapatkan rawatan daripada ramai doktor dan memberitahu kesakitan yang berterusan selepas pembedahan .

Namun yang diterimanya hanyalah ubat preskripsi untuk mengurangkan gejala sahaja.

Setelah bertahun-tahun sakit, wanita itu itu terpaksa menjual dua ekor lembu, aset terakhirnya, untuk membayar rawatan dan ubat bagi melegakan kesakitan.

Usaha terakhirnya Bachena sia-sia sedangkan sakit perutnya baru-baru ini tidak dapat ditanggung.

Namun atas nasihat seorang doktor, dia akhirnya menjalani X-ray perut yang mendedahkan kewujudan sebilah gunting di dalam perutnya yang mencetuskan kesakitan.

Ia dipercayai terlupa dikeluarkan sejak pembedahan membuang pundi hempedu yang dilalui wanita itu pada tahun 2002.

Susulan itu, Bachena dimasukkan ke Hospital Chuadanga Sadar, dan menjalani pembedahan mengeluarkan alat pembedahan itu. Bachena dilaporkan semakin pulih.

Pakar Bedah Awam, Dr Jawaherul Islam berkata jawatankuasa yang terdiri daripada tiga anggota telah dibentuk untuk menyiasat bagaimana gunting pembedahan itu berada perut Bachena sejak sekian lama.

Baca juga: Gara-gara beri rating hotel 6/10, pelanggan diancam saman lebih RM300K

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Oddity Central

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang