Sakit perut, muntah, rupanya 1 kg cacing gelang bersarang dalam usus kanak-kanak

A
A
A

SAKIT PERUT dan muntah antara simptom ditunjukkan kanak-kanak di India ini yang membawa kepada penemuan satu kilogram cacing gelang di dalam ususnya.

Akibatnya kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu terpaksa dibedah di Hospital Daerah Poonch, India, berdekatan dengan sempatan Pakistan.

Lapor Daily Excelsior, kanak-kanak itu terdahulu mengadu tidak dapat membuang air besar, mengalami kesakitan dan kembung perut serta muntah dengan kerap.

Kredit foto: Semantic Scholar

Semasa pemeriksaan oleh doktor, ujian imbasan dilakukan pada abdomen. Doktor yang merawat mendapati usus kecil kanak-kanak lelaki itu tersumbat sepenuhnya dan dia dinasihatkan menjalani pembedahan.

Semasa pembedahan yang dijalankan oleh Pakar Perunding Bedah, Hospital Poonch, Dr Manav Datta dengan bantuan Pakar Bius, Dr Shafiq Choudhary dan Penolong Dewan Bedah, Sanjeev Sharma menyaksikan kehadiran segumpal cacing gelang yang juga dikenali sebagai Ascaris Lumbricoides.

Malah kehadiran parasit itu menjadi punca usus tersumbat. dianggarkan sekilogram cacing berkenaan dikeluarkan oleh doktor dalam pembedahan selama kira-kira satu jam.

Mengulas mengenai pembedahan itu, Dr Manav Datta berkata pembedahan sebegitu bukanlah jarang berlaku tetapi ia adalah kali pertama cacing gelang dalam kuantiti yang begitu besar ditemui dan dikeluarkan dari usus pesakit di hospital berkenaan.

Apa itu cacing gelang?

MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan cacing gelang atau Ascaris Lumbricoides adalah punca utama jangkitan cacing dalam kalangan manusia.

Jangkitan itu dinamakan ascariasis. Cacing gelang betina dewasa boleh mencapai ukuran sehingga 18 inci sementara cacing gelang jantan dewasa biasanya lebih pendek sedikit daripada cacing gelang betina.

Cacing dewasa tinggal di dalam usus kecil dan telurnya dikeluarkan bersama dengan najis.

Namun, apa yang menakutkan telur-telur cacing boleh tinggal di dalam tanah selama bertahun-tahun!

Bagaimanakah ia berjangkit?

-Kanak-kanak suka bermain di tempat yang lembab dan kotor.

-Telur-telur cacing gelang berjangkit melalui tangan yang tidak bersih dan di masukkan ke dalam mulut.

-Selain itu, mengambil makanan dan minuman air yang dicemari dengan telur-telur cacing gelang juga boleh menyebabkan jangkitan.

Apakah tanda-tanda dan gejala dijangkiti cacing?

Ramai kanak-kanak tidak mempunyai tanda-tanda dan gejala. Namun, kadang kala kanak-kanak turut mengadu sakit perut.

Jangkitan cacing yang teruk boleh menyebabkan saluran usus tersumbat dan mengakibatkan sakit perut yang teruk dan muntah kerap. Adakalanya cacing dikeluarkan melalui najis atau dimuntahkan keluar.

Pencegahan daripada parasit ini boleh dilakukan dengan mencuci tangan dengan sempurna sebelum mengendalikan makanan.

Elakkan daripada menyentuh tanah yang dicemari dengan najis manusia, buang lampin pakai buang di tempat yang pembuangan sampah serta menghindari makanan tercemar atau minum air yang dicemari semasa melawat tempat atau negeri yang tidak mempunyai sistem sanitasi yang sempurna.

Sumber: Daily Excelsior, MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang