SAMBUTAN Hari Raya Aidilfitri pasti berbeza bagi tahun ini kerana diraikan pada waktu kritikal pandemik. Namun, pastinya kemeriahan sambutannya akan sentiasa tersemat di hati pada hati seluruh umat Islam seantero dunia.

Seperti mana yang korang sedia maklum, di Malaysia masyarakat kita akan meraikan Aidilfitri dengan pulang ke kampung halaman mereka dan mengunjungi rumah sanak saudara.

Tidak sekadar itu, kita juga menikmati menu yang lazimnya dihidangkan hari raya seperti ketupat, lemang, rendang. Amalan menghulurkan ‘duit raya’ kepada kanak-kanak juga turut menjadi kebiasaan.

Tetapi bagaimana dengan sambutan hari raya di negara-negara lain?

 

Baca juga: 7 kesilapan yang kerap berlaku ketika meraikan Aidilfitri, pastikan jangan buat!

 

Sambutan Aidilfitri di seluruh dunia, tradisi berbeza tapi tetap meriah

Timur tengah
Seperti kebanyakan negara lain, masyarakat Timur Tengah berkumpul bersama keluarga selepas solat sunat Aidilfitri. Anak-anak akan bergilir-gilir meminta maaf daripada orang tua merekadan setelah itu mereka akan menerima duit sebagai hadiah. Namun, tidak hanya duit raya, kanak-kanak di sana akan menerima beg hadiah, bungkusan yang dihiasi indah yang mengandungi mainan dan juga gula-gula.

Sambutan Aidilfitri di seluruh dunia, tradisi berbeza tapi tetap meriah

Iklan

Asia
Umat Islam di Asia biasanya memulakan hari raya dengan solat sunat Aidilfitri dan kemudian berkumpul bersama keluarga untuk meraikan hari yang menggembirakan ini. Di Pakistan, orang ramai berkumpul di stadium, padang sukan dan taman untuk menunaikan solat dan saling menghulurkan salam. Sebelum pulang ke rumah keluarga masing-masing, mereka akan bersedekah dengan harapan agar lebih ramai orang dapat menikmati perayaan yang indah ini.

 

Iklan

Australia
Pada hari raya, Konsortium Australia yang dikenali sebagai MEFF (Multicultural Eid Festival & Fair) yang berpusat di Sydney akan mengadakan pesta besar-besaran. Ribuan umat Islam dan bukan Islam hadir dalam acara tahunan yang besar ini. Pesta ini dipenuhi dengan aktiviti yang menyeronokkan seperti mengunjungi taman tema, permainan, pelbagai makanan, gerai dan persembahan.

Walaupun ada perbezaan bangsa dan warna kulit, fokus sambutan raya di seluruh dunia tetap sama. Umat Islam meraikan Aidilfitri dengan berdoa, meminta maaf sesama ahli keluarga, menghabiskan waktu bersama orang tersayang serta menikmati hidangan tradisional.