Sanggup berpanas tepi jalan 'jual' resume, penganggur ini akhirnya dapat lebih 100 tawaran

A
A
A

HILANG punca rezeki pada saat pandemik Covid-19 membuatkan ramai khususnya para bapa tertekan untuk mencari duit demi untuk kelangsungan hidup.

Lebih-lebih lagi kepada mereka mempunyai anak kecil yang masih bersekolah.

Keadaan itu cukup memberi satu tamparan hebat buat mereka yang terkesan gara-gara wabak virus korona.

Seorang lelaki, Patrick Hoagland, 31, antara jutaan individu yang berdepan ujian tidak disangka apabila telah diberhentikan kerja dari sebuah syarikat kitar semula besi.

penganggur jual resume

Lapor goalcast.com, kisah lelaki tersebut viral bukan kerana kehilangan kerja, tetapi kreativiti beliau mencari kerja dengan cara luar biasa.

Selepas lebih sebulan menganggur, pemuda kelahiran Arizona, Amerika Syarikat itu mengambil keputusan untuk berdiri di tengah laluan sesak di Lebuhraya Phoenix untuk mengedarkan resume.

Ya! Itu macam satu kerja gila dan berdepan peluang tipis untuk mencari majikan untuk menggajinya dengan cara seperti itu.

penganggur jual resume

Menurut bapa kepada seorang anak itu, beliau pada awalnya mengakui pendekatan itu seperti tidak masuk akal, namun sentiasa berfikiran positif.

"Hidup tanpa kerja membuatkan saya gelisah memikirkan semua tanggungan terpaksa diletakkan pada bahu isteri, jadi saya kena buat sesuatu.

"Saya sudah mohon banyak kerja melalui online dan bersemuka, namun masih belum ada rezeki," ceritanya sebelum mencetak sebanyak 200 resume untuk diedarkan di tepi jalan.

penganggur jual resume

Plakad berbunyi "Sila ambil resume, hilang kerja. Sedang mencari kerja" dipegang lelaki itu sambil menyerahkan kepada pemandu yang berhenti di lampu isyarat.

Siapa sangka, kesungguhan Hoagland menarik perhatian seorang pemilik Serendipit Consulting, Melissa DiGianfilippo yang melalui jalan tersebut.

Dengan kuasa viral, wanita itu berkongsi resume tersebut di media sosial kerana terpegun dengan ketekunan lelaki itu mencari kerja di tengah panas.

penganggur jual resume

Daripada tiada apa-apa respon balas majikan sebelum ini, usahanya itu telah membuatkan Hoagland menerima lebih 100 tawaran kerja selepas kisahnya viral sekali gus menjadi inspirasi kepada semua.

Betullah orang cakap, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Walaupun caranya agak ekstrem sebenarnya, namun ramai nampak kesungguhan beliau mencari kerja.

Kisah bapa itu wajar dijadikan contoh buat mereka yang masih down gara-gara masih belum mendapat kerja yang diidamkan sampai sekarang. Di samping itu, jangan lupa banyakkan doa.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang