SEMPAT tukar baju yang berlumuran darah, kemudian sambung tikam anak tiri sampai mati!

Demikian kronologi tragis yang menimpa seorang penuntut University of Washington, Amerika Syarikat, Angelina Tran baru-baru ini.

Dalam kejadian yang berlaku di Seattle itu, mangsa ditikam lebih 100 kali oleh Nghiep Kein Chau.

Lapor Independent UK, gadis yang berusia 21 tahun tersebut dikatakan cuba menyelamatkan ibunya daripada menjadi mangsa pukul si bapa tiri.

Sebelum kejadian, Tran dikatakan terkejut daripada tidur selepas terdengar bunyi bising.

tikam anak

Beliau terus keluar bilik untuk melihat apa yang berlaku.

Susulan itu, mangsa difahamkan terkejut melihat muka ibunya ditumbuk berulang kali tanpa belas kasihan.

Tidak mahu ibu tersayang cedera lebih teruk, Tran kemudian cuba untuk menyelamat, namun berlaku pergelutan.

 

Berang dengan campur tangan Tran, lelaki itu kemudian mengheret mangsa ke dapur sebelum ditikam dengan pisau.

Meskipun ditikam berulang kali, Tran masih lagi kuat berlawan dan cuba melepaskan diri.

107 TIKAMAN

Lapor portal itu lagi, serangan demi serangan dibuat terhadap Tran sehinggalah wanita itu kaku.

Melihat Tran tidak melawan, lelaki durjana itu kemudian menukar baju yang penuh darah.

tikam anak

Suspek dilihat mengambil pisau pemotong daging di dalam laci dan terus menyambung ‘kerja’ yang terhenti.

Dia tidak mengetahui bahawa semua perbuatan jenayah umpama syaitan itu terakam melalui rakaman televisyen litar tertutup rumah.

Baca juga 16 tahun kahwin baru terbongkar 4 anak bukan darah daging, suami berang tikam isteri sampai mati

Si isteri pula berjaya menyembunyikan diri di salah satu bilik tidur sempat menghubungi pihak polis.

tikam anak

Kira-kira jam 5 pagi, pihak berkuasa sampai ke kediaman dan menemui lelaki itu yang berlumuran darah.

“Saya sudah membunuh seseorang.”

Itulah kata-kata Nghiep sebaik saja ditahan polis.

tikam anak

Hasil siasatan lanjut mendapati, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dengan 107 kesan tikaman pada bahagian badan.

Ibu mangsa dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

MOTIF PERGADUHAN

Iklan

Suspek didakwa atas pertuduhan pembunuhan tahap pertama dan cubaan membunuh tahap pertama.

Lelaki itu ditahan di King County Correctional Facility dengan ikat jamin RM23 juta.

tikam anak

Dalam prosiding yang dijalankan, motif kejadian adalah disebabkan wang simpanan.

Suspek memukul isterinya akibat marah kerana beranggapan wanita itu akan melarikan diri bersama duit tersebut.

Baca juga Kejamnya! Wanita maut ditikam, dibakar 2 kali oleh kekasih tidak bertanggungjawab dalam kebun sawit, kronologi menyayat hati

Meskipun sudah berkali-kali menafikan, suspek tetap memukul mangsa tanpa henti.

tikam anak

Insiden berdarah itu turut mengejutkan semua pihak termasuk rakan dan pihak universiti.

Iklan

Mereka menyifatkan pemergian Tran satu kehilangan yang amat menyedihkan.

Mesti si ibu trauma dan terkenangkan anaknya yang bertarung nyawa demi menyelamatkannya.

Baca juga Akibat cemburu dan taasub dengan pembunuh bersiri, wanita ini sanggup tikam teman lelaki sebanyak 22 kali

tikam anak

Moga insiden ini memberi iktibar kepada semua.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang