COVID-19 sudah menjangkiti berjuta orang di seluruh dunia malahan telah menyebabkan ratusan ribu kematian.

Tatkala seluruh dunia dibadai pandemik tersebut, Antartika dilaporkan masih kekal sebagai satu-satunya benua yang bebas daripada virus berkenaan.

Saintis dan tentera yang tinggal di pangkalan Antartika merupakan antara ratusan yang masih terlindung daripada wabak berkenaan.

Satu-satunya benua masih bebas jangkitan Covid-19 giat buat persiapan hadapi musim panas

Memetik laporan portal media tempatan, terdapat kira-kira 400 orang yang tinggal di 13 pangkalan di benua berkenaan yang mana enam merupakan pangkalan tetap dan selebihnya hanya beroperasi pada musim panas.

Sekolah-sekolah di pangkalan Esperanza merupakan antara institut pendidikan di negara itu yang membenarkan kelas diadakan secara bersemuka bagi 15 kanak-kanak dan remaja yang tinggal di pangkalan berkenaan.

Bagi mengelakkan peningkatan risiko rakyat Antartika daripada dijangkiti Covid-19 pada musim panas yang bermula pada November, Argentina merancang untuk menghantar hanya 400 anggota tentera dan pegawai saintifik ke pangkalan Antartika dan bukannya 2,000 orang seperti tahun-tahun sebelum ini.

Satu-satunya benua masih bebas jangkitan Covid-19 giat buat persiapan hadapi musim panas

Kesemua kakitangan yang akan ke Antartika pada musim panas akan menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum dan selepas tempoh kuarantin di pangkalan tentera Campo de Mayo di Buenos Aires.

Iklan

Walaupun semua pangkalan mempunyai doktor dan mesin ventilator, namun mereka tidak mempunyai sumber kit ujian Covid-19.

Satu-satunya benua masih bebas jangkitan Covid-19 giat buat persiapan hadapi musim panas

Iklan

Adakah benua tersebut berjaya mengekalkan zero jangkitan Covid-19 sepanjang musim panas yang bakal tiba ini?

Semuanya itu tidak mustahil jika kesedaran orang ramai masih menebal dan mematuhi segala garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib.

Semoga dunia juga akan bebas dan ‘bersih’ daripada wabak pembunuh ini satu hari nanti! Kita pasti menang!