'Sebelum ini ada yang kahwin dengan periuk nasi.' Akad nikah atas motorcross, 4 pasangan pengantin Indonesia raih perhatian

Copy of Copy of gambar portal_20240301_092345_0000
Copy of Copy of gambar portal_20240301_092345_0000
A
A
A

 

UNIK dan rare. Demikian yang boleh disimpulkan dengan majlis akad nikah empat pasangan pengantin baharu di Magelang, wilayah Jawa Tengah baru-baru ini.

Manakan tidaknya, belum pernah lagi sebelum ini kita mendengar pasangan memilih untuk bernikah sambil duduk di atas motocross.

Namun, itulah yang berlaku dalam satu majlis yang berlangsung di Pejabat Urusan Agama (KUA).

Ia bukan hanya menyaksikan pengantin lelaki di atas motosikal, malahan jurunikah dan saksi turut sama berada di atas motor masing-masing sambil menghadap pasangan berkenaan.

Idea 'rare' tersebut diketengahkan oleh Forum Taaruf Indonesia (Fortais) dengan tujuan supaya setiap pasangan mampu menghadapi semua cabaran kehidupan pada masa hadapan.

Menerusi perkongsian di vmx.id Instagram memaklumkan keempat-empat pasangan pengantin itu diarak terlebih dahulu sebelum dinikahkan.

Nikah seperti ini menjadi bukti pernikahan tidak perlu mahal dan mewah sebaliknya akan mencipta satu momen indah untuk pengantin.

Majlis itu mengundang perhatian warga maya yang beranggapan kreatif dan lucu namun yang penting mencukupi syarat nikah agar tidak melanggar hukum agama.

“Nanti mereka boleh menamakan anak berkaitan motocross,” kata seorang salah seorang pengguna.

“Orang Magelang memang unik. Sebelum ini ada yang berkahwin dengan periuk nasi, kini seperti pula kahwin atas motosikal,” kata pengguna lain.

Nampak pelik tapi menarik sekali gus akan menjadi satu memori indah untuk pasangan pengantin.

Macam mana konsep pun akad nikah asalkan memenuhi syarat sah nikah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang