SELAMBA pegang, cium trofi Piala Dunia, Salt Bae atau Nusret Gökçe, 39, menimbulkan kontroversi.

Berkongsi siri foto dan video memegang trofi berkenaan di Instagram dipercayai dirakam selepas kemenangan Argentina dalam penentuan sepakan penalti berikutan keputusan seri 3-3 yang mendebarkan.

Tidak hanya memegang, cef selebriti berasal dari Turkiye itu turut menciumnya di padang Stadium Lusail, Qatar.

ESPN melaporkan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengambil tindakan dalaman untuk menangani pelanggaran protokol Piala Dunia itu.

FIFA menyifatkan trofi itu sebagai ikon yang tidak ternilai yang hanya boleh disentuh dan dipegang oleh sekumpulan individu yang terpilih termasuk bekas pemenang Piala Dunia FIFA dan ketua negara.

“Susulan semakan, FIFA telah menetapkan cara individu mendapat akses tidak wajar ke padang selepas majlis penutupan di stadium Lusail pada 18 Disember.

“Tindakan dalaman yang sewajarnya akan diambil,” katanya dalam kenyataan.

Salt Bae dilihat bersama presiden badan induk bola sepak itu, Gianni Infantino dan bergaul dengan pemain Argentina dan bergambar selepas kemenangan mereka ke atas Perancis dalam perlawanan epik di Qatar.

Beliau yang mempunyai restoran di Doha adalah tetamu tetap FIFA dengan akses VIP Piala Dunia dan sering menyiarkan gambar dan klip video di media sosial.

LIMA FAKTA TROFI PIALA DUNIA FIFA 

Iklan

1-Ia setinggi 36.5 sentimeter (cm).

2-Diperbuat daripada 6.175 kilogram emas 18 karat.

3-Berdiri di atas tapak malachite berdiameter 13cm.

4-Nilainya dianggarkan USD$20 juta.

Iklan

5-Trofi Piala Dunia ini dicipta pada tahun 1974. Piala yang terdahulu yang dinamakan Jules Rimet telah diserah kepada pemenang tiga kali iaitu Brazil pada tahun 1970.

Sumber: ESPN, FOOTBALLWHISPERS

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi