'Selesa baju berlubang, seluar 5 tahun tak bertukar.' Kareena Kapoor dedah sisi sebenar peribadi suami
BINTANG Bollywood terkenal, Kareena Kapoor suatu ketika dahulu jarang memuat naik kisah peribadinya.
Namun, selepas mendirikan rumah tangga bersama Saif Ali Khan, beliau dilihat semakin terbuka dan tidak lokek berkongsi kisah rumah tangganya menerusi laman media sosial miliknya.
Mula menjalin hubungan pada tahun 2007, pasangan tersebut kemudiannya mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada tahun 2012.
Hasil perkongsian hidup, pasangan berkenaan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Taimur Ali Khan dan Jehangir.
Biarpun jarak usia mereka jauh berbeza iaitu 10 tahun, namun Saif cukup istimewa dalam hati Kareena.
Perkahwinan Saif yang sebelum ini pernah kecundang di tengah jalan, namun Kareena tidak menjadikan ia sebagai alasan untuk membina bahagia bersama pelakon filem Kal Ho Naa Ho itu.
SISI PERIBADI SUAMI
Untuk rekod, Saif sebelum itu pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Amrita Singh pada tahun 1991 dan dikurniakan dua cahaya mata sebelum mereka bercerai.
Terbaharu, menerusi laporan Indian Express, adik kepada pelakon Karisma Kapoor itu mendedahkan sisi peribadi suami kesayangannya itu ketika berada di rumah.
Baca ni Miliki 7 suami serentak, wanita ini dedah rahsia kahwin ramai semata-mata dapatkan 'kuasa'
Kareena yang mesra disapa Bebo cukup terkenal suka bergaya. Bahkan, penampilan beliau sentiasa berubah sesuai dengan setiap majlis yang dihadir.
Namun berbeza dengan Saif Ali Khan yang dikatakan lebih kasual.
LELAKI PALING BERGAYA
Dalam satu sesi temu bual, Kareena mendedahkan yang suaminya itu tidak mengambil berat soal gaya.
Malah, Saif mengenakan pakaian yang sama dan tidak menggantikan seluar trek selama lima tahun.
“Saif memang jenis yang tidak kisah memakai sepasang seluar trek sejak lima tahun lalu. Beliau tidak akan membeli yang baharu selagi saya tidak memberitahunya.
"Saif juga sudah memakai baju berlubang semasa di rumah selama lima tahun, namun tidak mengapa kerana beliau suka,” kata pelakon jelita tersebut yang tetap menganggap Saif sebagai lelaki paling bergaya yang pernah dirinya temui.
Jelas bintang Kabhie Kushie Kabhie Gham itu lagi, sikap suaminya yang satu itu tidak mampu diubah oleh sesiapa pun termasuklah pereka gayanya.
Baca ni Peroleh RM2.6 Juta sebulan, wanita 23 tahun ini bergelar jutawan dengan hanya kerja bersih rumah!
"Saif sudah selesa dengan gaya fesyennya sendiri. Justeru, tiada siapa yang boleh mengubah atau memaksa beliau untuk tampil bergaya. Malah, beliau akan memakai lain daripada apa yang dicadangkan oleh stailistnya.
"Beliau memiliki gaya dan cita rasa yang sempurna baik dalam berpakaian, reka bentuk dalaman, makanan, buku dan sebagainya. Saif mempunyai kemahiran itu,” ungkap Kareena lagi tentang perangai suami kesayangannya itu.
Sumber gambar: kareenakapoorkhan
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang