SEORANG wanita yang juga nenek berusia 100 tahun berjaya memenuhi impiannya untuk ‘diberkas’ polis.

Memetik artikel yang disiarkan portal LadBible, impian ‘rare’ warga emas berkenaan dibuat bersempena majlis sambutan hari lahirnya.

Tanpa disangka hasrat Jean Bickenton yang juga bekas jururawat tentera direalisasikan oleh polis Australia.

Wanita itu kini menghuni pusat jagaan Narracan Gardens Residential Aged Care.

MENGELAK PANIK

Menurut Bickenton, sepanjang hidupnya, beliau tidak pernah melakukan sebarang kesalahan seperti mabuk, ditahan, kehilangan lesen memandu atau melanggar mana-mana undang-undang.

Sebaik mengetahui impian si nenek itu, polis negeri Victoria menerusi akaun Facebook berkata, pihaknya teruja untuk menunaikan impian tersebut.

Justeru, tanpa sebarang masalah, pihak berkuasa mengatur perancangan dengan mengejarkan sepasukan anggota ke pusat jagaan wanita berkenaan.

Sebaik tiba dan bagi mengelak panik dalam kalangan warga emas yang lain, mereka terlebih dulu memberitahu penghuni lain bahawa kehadiran polis di situ hanyalah satu rancangan untuk memeriahkan sambutan hari lahir Bickenton seperti yang diinginan wanita tersebut.

Baca lagi “Sedia siap-siap baju sekolah, baju raya.” Dua perbelanjaan besar tahun depan, ibu bapa kena berhemah dalam berbelanja!

Iklan

IDEA YANG HEBAT

Hmm…luar biasa betul impian nenek berkenaan. Kita bukan sahaja berdoa tidak mahu ditahan polis, apatah lagi diberkas mereka. Namun, berbeza sungguh dengan impian nenek itu. Macam-macam hal.

Malah seorang warga maya berkata: “Impian jadi kenyataan, idea yang hebat. Terima kasih polis kerana meraikan nenek ini dan membantu mencapai impian dalam bucket listnya.”

Baca ni Bau busuk bongkar kes wanita tikam, kerat dan rebus mayat suami di dalam periuk

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan