'Seronok tapi lucu.' Terinspirasi dari lagu Pacar Lima Langkah, wanita ini dilamar jiran dekat rumah sendiri

No Image Caption
A
A
A

Pastinya ramai yang mahukan pasangan hidup jauh dari kediaman sendiri untuk rasa perjalanan pulang ke kampung tetapi ada juga yang mengatakan lebih baik jodoh dekat dengan rumah, tak perlu bergaduh bila nak pulang ke rumah ibu bapa masing-masing. Paling dekat pun jodoh sebelah kampung.

Namun, kisah wanita ini sangat mencuit hati apabila bertemu jodoh dengan jiran depan rumah yang hanya beberapa langkah sahaja.

Video lamaran bakal suami Ziyana Silvia Saragih atau lebih mesra dengan panggilan Ziyan mendapat perhatian netizen apabila viral tontonan lebih 845,700 kali di akaun tiktok miliknya.

Rata-rata yang menonton video ini memberi komen yang mencuit hati. Antaranya:

“Tak perlu masak, rumah mak kan dekat” ujar cellino230

“Senang bila raya, tak pening” kata sweethoney

“Sekali jalan boleh menghadiri kedua mempelai” ujar meta AI

“Ini pasti yang waktu kecil main nikah-nikah belum cerai” kata Salsabilla Aqielach

Melalui temu bual bersama Ziyan, beliau tidak menyangka rakan sepermainan semasa kecil menjadi jodohnya.

No Image Caption

"Perasaan saya bercampur baur. Gembira, tetapi kelakar juga, ternyata lagu 'Pacar Lima Langkah' yang dinyanyikan oleh Ayu Ting Ting benar-benar berlaku kepada saya”

"Tiada komen negatif daripada kedua-dua belah pihak. Mungkin ramai yang beranggapan negatif tentang jodoh lima langkah itu”

"Apa yang penting ia sah di sisi agama dan negara. Ia tidak melanggar peraturan agama. Insya-Allah kami akan cepat-cepat kahwin. Tolong doakan kami,” katanya.

Kedua-dua pasangan itu telah pun mengikat tali pertunangan pada tahun lepas selepas sudah mengenali hati budi masing-masing sejak di bangku sekolah lagi.

Keluarga kedua-duanya juga saling mengenali dan tiada alasan untuk menolak berita baik ini.

Majlis pertunangan Ziyan dan Akbar Maulana telah berlangsung pada 24 Disember 2024, di Ujung Padang, Simalungun, Sulawesi Selatan.

Kedua-duanya akan melangsungkan pernikahan dalam waktu terdekat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang