Sijil kelahiran dua kaki, wanita miliki nama paling panjang di dunia, 1,019 huruf

A
A
A

SEBAIK sahaja tahu diri hamil, pemberian nama anak tentunya menjadi salah satu perkara yang difikirkan para ibu.

Berbicara mengenai nama, pilihlah yang mempunyai maksud yang baik. Ini kerana ia bukan panggilan semata-mata, malah akan menjadi identiti kepada si kecil sepanjang hayat.

Lain pula bagi seorang ibu di Amerika Syarikat, Sandra Williams yang memutuskan untuk memberikan nama yang unik dan sangat panjang untuk bayi perempuannya.

Apabila bayinya dilahirkan pada 12 September 1984, Williams dan suami menamakan si kecil sebagai Rhoshandiatellyneshiaunneveshenk Koyaanisquatsiuth Williams pada sijil kelahirannya.

Bagaimanapun tiga minggu kemudian mereka memutuskan bahawa ia tidak cukup panjang, jadi mereka memfailkan pindaan yang menjadikannya 1,019 huruf.

Baca juga: Uniknya Kanak-Kanak Ini, Miliki Nama 19 Perkataan, Keluarga Bimbang Tak Dapat Sijil Kelahiran

Lapor Mirror UK, pasangan itu juga menambah nama tengah yang mengandungi 36 huruf.

Selepas diubah, namanya menjadi Rhoshandiatellyneshiaunneveshenkescianneshaimondrischlyndasaccarnae renquellenendrasamecashaunettethalemeicoleshiwhalhinive'onchellecaundenesh eaalausondrilynnejeanetrimyranaekuesaundrilynnezekeriakenvaunetradevonneya vondalatarneskcaevontaepreonkeinesceellaviavelzadawnefriendsettajessicanneles ciajoyvaelloydietteyvettesparklenesceaundrieaquenttaekatilyaevea'shauwneorali aevaekizzieshiyjuanewandalecciannereneitheliapreciousnesceverroneccalovelia tyronevekacarrionnehenriettaescecleonpatrarutheliacharsalynnmeokcamonaeloies alynnecsiannemerciadellesciaustillaparissalondonveshadenequamonecaalexetiozetia quaniaenglaundneshiafrancethosharomeshaunnehawaineakowethauandavernellchishankcarl inaaddoneillesciachristondrafawndrealaotrelleoctavionnemiariasarahtashabnequcka gailenaxeteshiataharadaponsadeloriakoentescacraigneckadellanierstellavonnemyiat angoneshiadianacorvettinagodtawndrashirlenescekilokoneyasharrontannamyantoniaaquin ettesequioadaurilessiaquatandamer ceddiamaebellecescajamesauwnneltomecapolotyoajohny aetheodoradilcyana.

Susulan perlu memuatkan nama yang panjang, sijil kelahiran baru anak perempuannya berukuran dua kaki!

Jamie ketika muncul dalam rancangan The Tonight Show with Jay Leno pad tahun 1995.

Walaupun namanya sepanjang 1, 019 perkataan, nama panggilan si anak bukanlah Rhoshandiatellyneshiaunneveshenk Koyaanisquatsiuth, sebaliknya rakan dan keluarganya hanya memanggilnya Jamie.

Sandra dan Jamie pernah muncul dalam temu ramah dengan pengacara terkemuka, Oprah Winfrey bagi rancangan bual bicaranya pada tahun 1997.

Ketika Jamie berumur 12 tahun, ibunya menjelaskan ada sesuatu yang mendorong keputusan untuk memberikan nama yang begitu panjang.

"Saya terpaksa melakukan sesuatu untuk memecahkan Rekod Dunia Guinness. Saya perlu memastikan bahawa namanya akan menjadi unik.

"Saya tidak mahu namanya menjadi seperti orang lain.

“Namanya mesti berbeza dan saya perlu ada dalam buku Guinness (Rekod Dunia Guinness),” katanya yang membuatkan Oprah terkejut.

Kata Sandra, dia mengambil masa enam tahun untuk menghasilkan nama anaknya itu yang dikatakan yang merupakan gabungan filem, kereta dan nama saudara-mara mereka.

Selain itu, ibu berkenaan mengakui agak sukar untuknya mengajar Jamie menyebut nama sendiri. Sehingga dia perlu merakam pada pita perakam dan memainkannya berulang kali.

Walaupun berhadapan pelbagai menghadapi masalah, Jamie mengakui suka akan namanya yang luar biasa panjang.

Katanya ia menempa kemasyhuran ke mana sahaja dia pergi.

Selepas fenomena nama panjang yang menggemparkan itu, Texas menukar undang-undangnya di mana kanak-kanak hanya boleh diberi nama yang sesuai dalam kotak 'nama' yang disediakan pada borang sijil kelahiran.

Baca juga: Beri Nama Anak Panjang Berjela, Kemudian Mahu Tukar Kembali? Ini Panduan Dan Syarat-Syaratnya

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Mirror UK

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang