SOTONG ialah haiwan laut yang menjadi makanan kegemaran sesetengah daripada kita. Namun, tahukah korang, wujud spesies sotong yang saiznya melebihi saiz manusia atau sotong gergasi!

Dalam satu kajian bangkai kapal karam di Laut Merah, baru-baru ini, seekor sotong yang mempunyai saiz luar biasa tidak sengaja dirakam pada kedalaman 2,800 kaki.

Eksplorasi kapal yang dinamakan Paella karam di lautan itu pada November 2011 dirakam pada September lalu.

Ia baru sahaja dikenalpasti sebagai purpleback flying squid. Spesies berkenaan selalunya tidak membesar melebihi dua kaki panjang, namun yang dirakam dalam kamera melebihi saiz orang dewasa!

Walaupun ia bukanlah sotong gergasi yang boleh membesar sehingga 60 kaki, penemuan tersebut tetap dianggap luar biasa.

Menurut Metro UK, pakar zoologi, Dr Michael Vecchione yang dirujuk mengesahkan ia adalah spesies purpleback flying squid.

“Mereka menjadi sangat besar. Saya rasa apa yang anda lihat ialah bentuk Sthenoteuthis yang sangat besar,” katanya.

Sotong gergasi berukuran 24 kaki ditemui saintis Jepun pada tahun 2006.

Laut Merah adalah lokasi terkenal bagi populasi sotong spesies itu. Saiz siripnya menunjukkan ia bukanlah dari spesies sotong gergasi.

Iklan

Pada 2018, seekor sotong gergasi sepanjang 14 kaki pernah ditemui terdampar di pantai New Zealand.

Menurut National Geographic, sotong gergasi paling besar ditemui ialah seberat 500 kilogram manakala saiznya ialah sepanjang 59 kaki. Mata sotong gergasi adalah mata haiwan terbesar di dunia iaitu diamater 10 inci.

Baca juga: Uniknya Kanak-Kanak Ini, Miliki Nama 19 Perkataan, Keluarga Bimbang Tak Dapat Sijil Kelahiran

Iklan

Baca juga: ”Disangka Aiskrim Rupanya…”Cecair Pelbagai Warna Dalam Plastik Jentik Hati Warga Maya

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Metro UK