PANDEMIK Covid-19 telah menyebabkan masyarakat global terpaksa berubah normal baharu dan gaya hidup mereka, sekali gus keluar daripada kebiasaan sedia ada.

Ia juga dilihat sebagai titik tolak kepada pengukuhan era pendigitalan dalam pelbagai sektor di negara ini.

Daripada sekadar menggunakan platform digital untuk berkomunikasi, generasi muda juga kini bijak rebut peluang dan memanfaatkannya untuk menjana pendapatan termasuk bermain permainan video secara online.

Boleh ‘buat duit’ dengan bermain game online? Ya! Mengapa tidak? Sudah tentu ramai anak muda kian menjadikan ketaksuban bermain permainan dalam talian sebagai trend.

Jika pandai bahagi masa antara pelajaran dan hobi, ia tidak menjadi masalah.

Bagi peminat permainan video dalam talian seperti PUBG, Fortnite dan yang seangkatan dengannya, bermain games tersebut juga mampu memberikan manfaat yang tersendiri.

Tidak dinafikan ada segelintir dalam kalangan masyarakat yang berpendapat bermain permainan sebegitu hanyalah membazir masa, namun jika kena gayanya ia mampu dijadikan sebagai sumber pendapatan dan kerjaya.

Ini bukan omong kosong lagi! Perkara tersebut telah dibuktikan oleh ramai individu yang kini menggelar diri mereka streamer yang majoritinya dimonopoli oleh golongan muda.

Lihat sahaja streamer games yang semakin berkembang di Malaysia hari ini seolah seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Kalau tak menguntungkan tak mungkin mereka kini berebut-rebut untuk bergelar streamer. Betul tak?

Malah, baru-baru ini seorang pemain profesional Fortnite termuda di dunia dengan usianya baru sahaja lapan tahun telah diiktiraf.

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Joseph Deen ini itu dilaporkan telah menerima bayaran £23,600 (kira-kira RM136,158.00) hanya untuk bermain permainan video.

Untuk info, Joseph juga adalah pemain profesional Fortnite termuda ketika mendaftarkan diri bermain dengan Team 33 pada Disember lalu. Wow! Hebat bukan?

Iklan

Streamer termuda berusia 8 tahun dibayar RM13,000 hanya untuk bermain game!Malah, Joseph yang juga dikenali menggunakan nama ‘Gosu’ kini menjadi pemain Fortnite profesional termuda di dunia.

Memetik laporan portal bbc.com, Joseph yang tinggal di California juga meluahkan rasa terujanya kerana ia seakan impian dan angan-angannya yang kini menjadi nyata.

Menurut sumber, setiap hari Joseph akan dibiarkan berlatih bermain Fortnite bersama ahli pasukannya yang lain.

Iklan

Menurut ketua eksekutif dan pengasas Team 33, Tyler Gallagher, pada awalnya dia mengenali Joseph. Melalui ahli pasukan yang lain

Streamer termuda berusia 8 tahun dibayar RM13,000 hanya untuk bermain game!Gallagher kemudiannya berkenalan dengan Joseph dan melihat kanak-kanak itu sangat berpotensi dalam permainan Fortnite.

Aklhirnya Gallagher nekad dan terus ‘melamar’ Joseph untuk menyertai pasukannya dengan menawarkan bayaran sebanyak RM13,000. Terbaik dik!

Siapa mampu menyangka dengan usia seawal lapan tahun Joseph mampu memperoleh gaji sebanyak itu hanya dengan bermain permainan video. Tahniah!