Suami cuba bakar isteri, berang sering tersenyum bermain telefon bimbit
SUAMI yang baik adalah satu rezeki yang tak ternilai buat isteri. Begitu juga isteri yang taat anugerah buat sang suami.
Dalam perkahwinan, suami isteri perlu ada sikap tolak ansur dan bertimbang rasa. Tidak dinafikan, suami perlu dihormati dan dilayan sebaiknya.
Namun lain yang berlaku kepada seorang lelaki di Indonesia ini, dia berang akibat terlalu cemburu melihat isteri asyik bermain telefon bimbit.
Menurut lama berita Suara.com, lelaki di Bogor, wilayah Jawa Barat itu cuba membakar isteri hidup-hidup dengan menyimbah minyak petrol ke dalam bilik tidur mereka.
Lelaki yang dikenali sebagai K itu dilaporkan berang kerana isterinya sering bermain telefon bimbit dengan wajah tersenyum dan gembira.
Dia menyangka isterinya menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain, suspek bertindak membeli minyak petrol sebelum cuba membakar mangsa, SH.
Setibanya di rumah, suspek menyimbah minyak petrol tersebut ke arah bilik tidur yang mempunyai isterinya ketika itu lalu menyalakan api. Mangsa dilaporkan terbakar pada bahagian kaki kiri.
Sementara itu, beberapa jiran suspek yang curiga dengan sikap lelaki itu bertindak pantas dengan menangkap serta menyerahkannya kepada polis.
Menurut Ketua Polis Sukamakmur, Iptu Sutopo Pranolo, niat suspek mahu membakar isterinya dapat dihidu jiran tetangga yang curiga melihat dia membeli tiga botol minyak petrol.
Katanya, mereka mendapat tahu suspek mahu menggunakan minyak petrol tersebut untuk membakar mangsa yang ketika itu berada dalam bilik tidurnya.
Aduhai kerana terlalu cemburu! Nasib baik si isteri masih dipanjangkan usia.
Sementara itu, kita sebagai wanita seharusnya menjaga perilaku di hadapan suami agar tidak terjadi kejadian cemburu dan amarah.
Ada beberapa cara yang anda boleh buat sebagai tanda hormat kepada suami, antaranya;
1. Sentiasa bercakap lemah-lembut tidak kiralah berapa lama anda saling mengenali dan berkahwin.
2. Jangan sesekali menjeri, menengking dan memanggil suami dengan kasar atau menggunakan kata-kata kesat.
3. Jangan menyindir suami dengan isu-isu sensitif. Jika mereka mempunyai kekurangan dan kelemahan, jangan jadikan ia sebagai bahan ketawa. Walaupun mungkin suami tak marah tapi boleh jadi dia memendam perasaan kecil hati.
4. Dengar pendapat dan hormati permintaannya.
5. Jangan melawan untuk menunjukkan sikap siapa lebih berkuasa.
6. Sentiasa tunjukkan rasa sayang dan hormat kepadanya serta keluarganya.
Baca juga 8 kartun ini mengandungi unsur bahaya rosakkan emosi anak-anak, ibu wajib tahu
7. Beri suami ruang 'me time' atau hilangkan rasa stres bersama kawan-kawan. Jangan halang atau kongkong seperti anak kecil.
8. Tanya pendapat suami bila membuat keputusan penting dan hargai apa sahaja yang mereka katakan.
9. Jangan bersikap luar biasa membuatkan suami cemburu dan curiga, buruk padahnya menanti.
Gambar hiasan: https://www.pexels.com/photo/closeup-photo-of-fire-during-night-time-1374889/
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang