IMPIAN sebuah keluarga di Solo, Jawa Tengah, Indonesia yang mahu menunaikan haji bersama berkecai apabila hasil tabungan mereka musnah dimakan anai-anai.

Lebih menyedihkan, wang simpanan berjumlah 50 juta rupiah (RM15,181) tersebut lebur sekelip mata selepas lebih dua tahun mereka menabung.

Lapor Tribunnews, kisah Samin yang berkerja sebagai pengawal keselamatan sekolah itu tular di media sosial dan meraih simpati ramai pihak.

Cerita lelaki berusia 53 tahun itu, beliau pada mulanya mahu memeriksa kesemua duit yang disimpan di dalam tabung plastik di rumah beliau baru-baru ini.

Namun, lelaki berkenaan terkejut apabila hampir separuh wang kertas yang dikumpul bersama isteri dan dua anaknya rosak teruk.

wang dimakan anai

“Habis semua wang kertas menjadi kepingan kecil disebabkan dimakan anai-anai,” katanya.

Menurut portal itu lagi, Samin membiarkan tabung simpanan tersebut di dalam rumahnya kerana tidak mahu berulang-alik ke bank.

Baca juga Penjaga kubur menabung berpuluh tahun untuk tunai haji dengan isteri

“Saya tidak terfikir wang di dalam tabung akan rosak sebab simpan dalam bekas plastik dan biarkan ia penuh dahulu baru periksa.

“Kami sekeluarga tak putus-putus menyimpan sekurang-kurangnya 100,000 rupiah (RM30) atau 50,000 rupiah (RM15) setiap hari, namun lain pula yang jadi,” katanya.

wang dimakan anai

Pun begitu, Samin bersyukur apabila sebahagian wang simpanan masih boleh diselamatkan.

Ini kerana selepas dihitung kesemua duit tersebut, jumlah keseluruhan mencecah lebih 100 juta rupiah (RM30,363).

Baca juga Ini kisah Adam Muhammad, jalan kaki 6,500 km, rentas 9 negara ke Makkah

Pengawal keselamatan itu cuba untuk menyelamatkan sisa wang yang rosak ke bank berhampiran, namun keputusannya pada awalnya cukup mengecewakan.

wang dimakan anai

Sementara itu, Ketua Pejabat Perwakilan Bank Indonesia Solo, Nugroho Joko Prastowo berkata, wang kertas yang rosak boleh diganti baharu dengan syarat tertentu.

“Duit tersebut mestilah yang asli dan masih berbentuk sekurang-kurangnya dua pertiga atau 68 peratus daripada ukuran asal,” katanya.

Baca juga Menabung wang kertas, gadis putih mata duit beli motor dimakan anai-anai

Selepas disemak, sebanyak 20 juta rupiah (RM6,068) yang rosak sahaja boleh diselamatkan.

wang dimakan anai

MASIH ADA REZEKI

Selepas tular kisah malang keluarga itu, difahamkan tawaran percuma untuk menunaikan umrah dan haji datang bergolek.

Sekurang-kurangnya 10 tawaran diterima Samin dan keluarganya daripada individu yang prihatin dengan insiden yang menimpa mreka.

Pun begitu menurut Samin, dirinya yang masih bersedih belum membuat keputusan rasmi sama ada mahu menerima peluang tersebut atau sebaliknya.

wang dimakan anai

“Alhamdulillah ramai yang mahu bantu, tapi saya mahu menenangkan fikiran dahulu. Saya bimbang akan timbul masalah lain,” katanya.

Kejadian malang tersebut turut menerima reaksi Datuk Bandar Solo, Gibran Rakabuming Raka.

Pemimpin berkenaan menasihatkan penduduk supaya mengambil iktibar dengan apa yang berlaku dan bertindak bijak dengan menyimpan wang di bank.

wang dimakan anai

“Saya ambil maklum dengan kejadian yang berlaku dan pihak bank juga sudah menjelaskan hal sebenar.

“Melihat niat yang murni mahu menunaikan haji, saya terpanggil untuk membantu keluarga tersebut,” kata putera sulung kepada Presiden Joko Widodo itu yang memetik melalui portal sama.

Baca juga [VIDEO] Bersungguh simpan wang beribu-ribu ringgit di bawah katil, tiba-tiba dimakan anai-anai. Wanita malang ini menangis tak berlagu…

Menabung memang amalan yang mulia, namun cara simpanan kena betul ya kerana bimbang kejadian yang menimpa Samin boleh berulang.

wang dimakan anai

Semoga insiden yang berlaku memberi iktibar kepada semua.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan