SATU pengalaman yang menyeronokkan apabila semua ahli keluarga dapat berkumpul dan berkonvoi bersama-sama untuk menghantar pengantin ke majlis resepsi.

Kalau kita lihat kebiasaan tradisi masyarakat Melayu menghantar pengantin, ada yang sanggup sewa bas atau van persiaran bagi memastikan perjalanan yang selesa.

Tidak kurang juga ada pakcik-pakcik atau abang yang sporting sanggup ‘payung’ duit minyak atau barang hantaran supaya perjalanan ke rumah pengantin berjalan lancar.

pengantin salah rumah

Pun begitu, bagaimana pula jika rombongan tersebut tersilap rumah pengantin?

Lawak sebenarnya, tetapi itulah hakikatnya yang berlaku di Pakis Magelang, Jawa Tengah, Indonesia baru-baru ini.

Gara-gara terlalu percayakan aplikasi tunjuk arah, rombongan pengantin yang dipercayai datang dari Kendal sejauh 84.5 kilometer itu tersalah masuk rumah orang.

pengantin salah rumah

Lapor borobudurnews, satu video yang dikongsikan orang awam menarik perhatian warganet apabila rombongan itu tidak menyedari rumah yang dikunjungi adalah rumah pengantin yang berbeza.

Sebelum kejadian, ada dua rombongan pengantin yang bertandang ke daerah yang sama untuk meraikan majlis yang sama.

Namun siapa sangka, salah satu rombongan itu tersalah alamat dan terus masuk ke dalam rumah sambil membawa barang hantaran.

pengantin salah rumah

Nasib baiklah situasi itu disedari pengantin perempuan yang terpinga-pinga menyambut kedatangan rombongan yang tidak dikenali dan segera menelefon tunangnya untuk mendapatkan kepastian.

Sebaik sahaja dimaklumkan pengantin sebenar masih dalam perjalanan kerana berhenti mencari tandas, pengantin perempuan segera memaklumkan kepada rombongan yang tersesat tersebut.

Iklan

Tanpa menunggu lama, rombongan itu segera keluar rumah dan memohon maaf kepada keluarga tersebut kerana tersilap rumah.

Dalam video yang dikongsikan di media sosial, kelihatan rombongan pengantin tersebut keluar beramai-ramai sambil tertawa dan tersenyum.

Apa yang mencuit hati, masing-masing tidak lupa membawa semula barang hantaran yang sudah diletakkan di dalam rumah.

Iklan

Rata-rata warganet yang mengikuti perkongsian yang menerima lebih 32,000 tontonan itu mengusik rombongan tersebut sempat makan atau minum sebelum pulang?

pengantin salah rumah

Ramai yang tertanya-tanya, bagaimana boleh salah rumah ini?

Apapun, insiden melucukan itu pasti menjadi kenangan tidak boleh dilupakan buat pasangan pengantin tersebut buat selama-lamanya.