JIKA terlalu taksub, padah menanti!

Begitulah yang terjadi kepada seorang warga emas di China apabila dia dikatakan terlampau taksub dengan cinta si ‘janda’.

Menurut laporan Tribunnews, warga emas itu turut kerugian sebanyak RM267,742 selain ditipu yang janda itu sebenarnya seorang lelaki.

Chen Tran, 70, dari Quanzhou, tidak pernah menyangka Vuong Tam Lan, 35, ‘janda’ yang mengaku jatuh hati kepadanya.

Difahamkan dia berkenalan dengan Vuong, menerusi sebuah media sosial.

Kata Chen, Vuong menggunakan gambar profil wanita cantik, selain mengaku telah bercerai dengan suami.

Vuong turut mengatakan dia bekerja sebagai ketua bank pelaburan di wilayah Anhui.

Iklan

Chen amat tertarik dengan Vuong dan mengakui dia menganggap itu pemberian terindah oleh Tuhan untuknya.

Baca juga Kerana duit, wanita hamil maut didera pasangan gara-gara konten YouTube

Iklan

Beberapa hari menjalinkan hubungan, Vuong turut berjanji menempah tiket penerbangan untuk bertemu dan mengimpikan melahirkan anak, membuatkan Chen percaya kepadanya.

Namun, Vuong mengadu mempunyai masalah wang dalam projek mengembangkan perniagaan dan tidak mencukupi modal.

Demi cinta, Chen terus mengirimkan wang kepada Vuong menerusi online sehingga mencecah 430,000 Yuan (RM267,742).

Chen dikatakan tersedar yang dirinya telah ditipu apabila Vuong hilang tidak dapat dikesan selepas mendapat wang tersebut.

Sementara itu, polis mengesahkan, pengguna akaun Wang Xin Lan sebenarnya milik seorang lelaki di Ham Duong, Shaanxi yang dibeli dengan harga 70,000 Yuan (RM43,586) dan kes sedang disiasat polis.