'Telah lahir buah hati kami.' Rizky Febian kongsi berita, Mahalini selamat melahirkan bayi perempuan

No Image Caption
A
A
A

TAHNIAH buat pasangan Rizky Febian dan Mahalini Raharja. yang baru sahaja menimang anak pertama mereka.Berita gembira itu dikongsikan menerusi media sosial milik aktor berkenaan.

No Image Caption



"Bismillahirahmanirahim. Telah lahir buah hati kami “Zairee Selina Quinlyn Kareema Febian” dengan selamat walafiat pada tanggal 15 februari 2025.

"Selamat datang little star. Semoga kelak menjadi anak yg berbakti, solehah, dan memberikan berkah untuk orang banyak ya nak.

"Mohon doanya semuanya ," ujar Rizky Febian di dalam kapsyen Instagram miliknya.

No Image Caption

Dalam hantaran tersebut juga, pemilik nama sebenar, Rizky Febian Adriansyah Sutrisna memuat naik foto momen saat mereka bergelar ibu dan ayah.

No Image Caption

Terdahulu, pada awal Januari, Mahalini atau Ni Luh Ketut Mahalini Ayu Raharja, 25, memaklumkan beliau sedang hamil dan mengambil keputusan untuk berehat dari dunia muzik sehingga selepas bersalin.

Untuk rekod, Mahalini dan Rizky Febian mendirikan rumah tangga pada 5 Mei 2024.

No Image Caption



Pun demikian, pasangan tersebut dikatakan bernikah sekali lagi pada 27 Disember lalu selepas pernikahan mereka didapati tidak sempurna dari segi rukun nikah ditetapkan agama Islam.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang