PEWARIS takhta Sepanyol, Putri Leonor, terpaksa menjalani kuarantin setelah seorang rakan sekelasnya disahkan positif Covid-19.

Menurut laporan Reuters, perkara demikian telah disahkan oleh wakil keluarga kerajaan itu, kelmarin.

Katanya, semua pelajar yang sekelas dengan Puteri Leonor juga akan diambil ujian pemeriksaan Covid-19.

Puteri Leonor bersekolah di Santa Maria de Los Rosales, Madrid, ibu kota Sepanyol.

Artikel berkaitan: Mulanya tersedak dan batuk.. rupanya sangkut kacang tanah

Menurutnya, bagaimanapun Raja Felipe VI dan Ratu Letizia masih meneruskan tugas rasmi kerajaan untuk masa ini.

Iklan

“Kini Sepanyol berjuang untuk menentang kenaikan virus corona yang semakin merebak,” katanya.

Minggu lalu, lapan juta pelajar di Sepanyol kembali bersekolah.

Bagaimanapun ada sekolah yang ditutup selepas ada pelajar disahkan positif Covid-19.

Iklan

Setakat Jumaat lalu, Sepanyol merekodkan 4,708 kes baharu virus itu menjadikan keseluruhan 566,326 kes dengan kematian 27,747 kes.