KALAU dah berhutang, memang wajib kita langsaikan, tidak kira sama ada cepat atau lambat.

Jika berdepan kekangan sekali pun, mesti ada jalan penyelesaian terbaik supaya masalah hutang dapat ditamatkan dengan cara teratur dan tidak sampai bermusuhan.

Antaranya, mungkin pihak pembiayaan boleh mempertimbangkan lanjutan tempoh pembayaran atau jumlah bayaran dikurangkan mengikut bulan demi memastikan aliran wang tetap berjalan.

hutang koperasi

Pun begitu, bagaimana pula bagi pemberi hutang yang mengambil kesempatan di atas kesempitan orang?

Apa yang terjadi di Sumbawa, Nusa Tenggara Barat, Indonesia baru-baru ini benar-benar buat netizen berang.

Baca juga Saudara kepada Presiden Indonesia dipukul, dibakar secara kejam di kandang ayam gara-gara hutang

Mana tidaknya, pengurus sebuah koperasi sanggup melangsaikan hutang dengan tawaran seks dengan peminjam wanita!

Lapor regional.kompas.com, aktiviti jahat berkenaan berjaya dibongkarkan dalam satu operasi pihak polis di sebuah hotel.

hutang koperasi

Dalam serbuan tersebut, pihak polis menemui seorang lelaki bersama wanita di dua kamar berbeza.

Lelaki tersebut dipercayai seorang pengurus koperasi, manakala wanita yang sudah berkahwin merupakan pelanggan koperasi tersebut.

Baca juga Hutang tak dibayar, gadis ini cetak gambar penghutang pada surah Yasin

Mahu dijadikan cerita, pengurus koperasi yang berusia 25 tahun itu meminta wanita malang tersebut untuk datang ke hotel.

Disebabkan wanita berusia 35 tahun itu tidak mampu membayar hutang yang tertunggak, suspek meminta habuan seks bagi membayar pinjaman berkenaan.

hutang koperasi

Iklan

Lebih mengejutkan, bukan seorang sahaja mangsa, tetapi penjenayah tegar itu telah melakukan perbuatan jijik itu dengan ramai wanita lain.

Hal itu terbongkar melalui bukti berbentuk gambar dan rakaman suara yang ditemui dalam telefon bimbit suspek oleh pihak berkuasa.

Baca juga Sadisnya, kanak-kanak 4 tahun ditikam 10 kali gara-gara hutang

Pihak polis percaya, terdapat mangsa wanita lain berdasarkan gambar yang ditemui dalam simpanan lelaki tersebut.

Entah berapa mangsa yang terpedaya dengan jerat pengurus koperasi tersebut ya?

Iklan

hutang koperasi

Barangkali terdapat hikmahnya serbuan dijalankan pihak polis dan nasib wanita tersebut dapat dibela sebaiknya.

Hmmm…Berhati-hatilah wahai wanita di luar sana. Jangan cepat terpedaya terutama dengan lelaki yang kita sudah rasa waswas sejak pandangan pertama lagi.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Ingat, kalau sudah berhutang, kena tahu bagaimana cara untuk membayar balik.

Moga insiden ini memberi pengajaran buat semua supaya lebih berhati-hati pada masa akan datang. #kitajagakita #kitalaluibersama