TAHUKAH anda, terdapat tujuh bandar di dunia tiada satu pun kenderaan dan hal itu menyebabkan lokasi tersebut kelihatan cantik, tersusun dan bebas pencemaran udara.

Menariknya lagi, untuk ke mana-mana, penduduknya hanya menggunakan kenderaan berkuda, basikal, bot, teksi elektrik, bas elektrik atau berjalan kaki sahaja.

Lapor curbed.com, keunikan bandar-bandar yang memiliki warisan bersejarah itu telah dipelihara sebaiknya termasuklah mengharamkan segala jenis kenderaan berat.

Padanlah kawasan yang terkenal dengan lokasi pelancongan itu masih terpelihara, malah bebas pencemaran.

Berikut tujuh bandar unik dan popular yang masih mengekalkan sistem pengangkutan tradisional untuk penduduk dan pelancong:

bandar popular tanpa kereta

1. Venice, Italy

  • Sudah tentunya destinasi bersejarah ini tidak perlu diperkenalkan lagi kerana sudah terkenal dengan jolokan bandar raya dalam air.
  • Sistem pengangkutan utama di sana ialah teksi air atau hanya berjalan kaki bagi mereka yang larat.
  • Bermula daripada 118 pulau yang membentuk bandar dan dihubungkan dengan 416 jambatan, 177 terusan dengan reka bentuk bangunan yang cukup mengagumkan.

bandar popular tanpa kereta

2. Giethoorn, The Netherlands

  • Bandar kecil yang terletak di Gietthoorn, The Netherlands ini juga terkenal dengan nama ‘Dutch Venice’.
  • Ini kerana bandar tersebut tidak mempunyai kemudahan jalan raya dan sistem pengangkutan utama di sana hanyalah menggunakan bot untuk ke mana-mana.
  • Jangan tak percaya, posmen pun menggunakan bot untuk menghantar pakej atau surat ke rumah penduduk.

Baca juga 6 stesen kereta api terindah di Moscow, masih kekalkan keunikan tradisi

bandar popular tanpa kereta

3. Ghent, Belgium

  • Bandar raya kedua terbesar di Belgium memang bebas kenderaan peribadi kerana hanya teksi dan bas elektrik sahaja dibenarkan berada di atas jalan.
  • Tempat pelancongan terkenal di barat laut Eropah itu juga mesra pelancong kerana menawarkan kemudahan basikal dan kemudahan awam yang efisien.

bandar popular tanpa kereta

4. Pulau Hydra, Greece

  • Seperti namanya, kepulauan yang menjadi pilihan destinasi pelancongan dunia itu hanya menggunakan teksi air atau pedati keldai sebagai pengangkutan.
  • Satu-satunya kenderaan berenjin yang dibenarkan melalui bandar tersebut ialah lori sampah sahaja.
  • Meskipun tiada kenderaan sekali pun, tiada masalah buat pelancong kerana jarak yang dekat selain dapat menikmati pemandangan indah tepi laut.

Baca juga 7 negara amalkan peraturan pelik, poin nombor 3 memang tak masuk akal

bandar popular tanpa kereta

Iklan

5. Lamu, Kenya

  • Selepas diiktirafkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), bandar diharamkan untuk kenderaan berat sama sekali.
  • Demi memelihara penempatan awal masyarakat Swahili, kerajaan di sana hanya membenarkan basikal dan pedati keldai sahaja.

bandar popular tanpa kereta

6. Zermatt, Switzerland

  • Kawasan pergunungan yang menjadi destinasi pelancongan unik di Switzerland.
  • Selain tidak membenarkan kenderaan memasuki kawasan tersebut, paling jauh pun kenderaan peribadi boleh melalui bandar Tasch yang terletak 5 kilometer dari Zermatt.
  • Jika mengunjungi bandar tersebut, kalian boleh menikmati kemudahan kenderaan berkuda, basikal, teksi atau bas elektrik.

Baca juga [VIDEO] Kenderaan ditarik kuasa mistik, itu keunikan magic spot di Gunung Aragat yang ramai kagum

bandar popular tanpa kereta

Iklan

7. Fes el Bali, Morocco

  • Satu lagi tapak warisan dunia yang diiktiraf UNESCO.
  • Antara bandar terbesar di negara berkenaan yang tidak mempunyai sebarang kenderaan berat.
  • Barangkali disebabkan lorong yang sempit yang hanya boleh dilalui pedati keldai atau berjalan kaki sahaja.

Memang menarik jika sesebuah bandar bebas kenderaan berat dan tertumpu kepada kenderaan awam jenis elektronik.

Mungkin satu hari nanti bandar raya di Malaysia mencontohi pendekatan tersebut khususnya tapak warisan sejarah seperti Melaka dan Pulau Pinang.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI