KEHILANGAN Margaret ‘Jan’ Shupe Smith sejak 2 April tahun lalu di Lakeland, Florida, Amerika Syarikat membuatkan ramai tidak senang duduk.

Apatah lagi, wanita berusia 59 tahun yang dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya kira-kira jam 7.30 malam secara tiba-tiba hilang tanpa berita.

Meskipun sudah lebih 10 bulan berlalu, namun keluarga mangsa dan sahabatnya tidak pernah berhenti berharap untuk terus mencari.

Margaret 'Jan' Shupe Smith youtube hilang

Kali terakhir kelibat Smith dilihat adalah ketika beliau memandu Kia Soul berwarna hijau.

Lapor insider.com, salah seorang ahli keluarga Smith menghubungi satu pasukan popular di Youtube Channel, Adventure with Porpose untuk mendapatkan bantuan.

Mereka meminta pertolongan pasukan penyelam yang diasaskan Jared Leisek tersebut untuk menyiasat apa yang sebenarnya berlaku kepada Smith.

Margaret 'Jan' Shupe Smith youtube hilang

Untuk rekod, program Adventure with Porpose sebenarnya satu pasukan penyelam yang mencari termasuk memindahkan kenderaan yang ditemui di dalam tasik dan sungai secara sukarela.

Dalam tempoh empat tahun sejak tahun 2019, sebanyak 19 kes orang hilang berjaya diselesaikan termasuk tujuh kes lama di sekitar kawasan Florida.

Baca juga Misteri kehilangan pasangan dari Hickman County terjawab, ini cerita sebenar yang buat ramai tergamam

Setiap insiden yang diselesaikan akan didokumentarikan.

Margaret 'Jan' Shupe Smith youtube hilang

Kemudian disiarkan menerusi saluran Youtube Channel sebagai sumber pendapatan.

Pasukan Adventure with Porpose sebenarnya tidak mengenakan sebarang caj kepada keluarga yang memerlukan servis pencarian mereka.

Baca juga Video tragedi cenuram runtuh timpa bot pelancong tular, 7 maut sekelip mata, berikut kronologi kejadian

Dipendekkan cerita, misi pencarian pasukan penyelam dilakukan di kawasan terakhir dikesan pihak polis iaitu lokasi kemalangan yang mungkin melibatkan wanita tersebut.

Margaret 'Jan' Shupe Smith youtube hilang

Dalam video yang dikongsikan, dua penyelam iaitu Josh Cantu dan Carson McMaster yang menyiasat kawasan kejadian menemui satu kolam kecil.

Pun begitu, air yang keruh membuatkan pemandangan dua penyelam itu kabur dan tidak dapat melihat keadaan sebenar hingga ke dasar kolam.

Margaret 'Jan' Shupe Smith youtube hilang

Iklan

Pada mulanya McMaster tidak mengharapkan apa-apa memandangkan keluasan kolam yang agak cetek untuk menenggelamkan sebuah kereta.

Pun begitu, sebaik sahaja rakannya menjumpai sesuatu, persepsinya berubah dan terus meremang bulu tengkuk.

Ini kerana mereka percaya itulah mangsa yang dicari-cari.

Margaret 'Jan' Shupe Smith youtube hilang

Telahan mereka hampir tepat apabila melihat nombor plat milik Smith dan rangka manusia di dalam kenderaan tersebut.

Kedudukan kenderaan mangsa lebih enam kaki di dasar kolam membuatkan ramai tidak menduga kolam kecil tersebut sebenarnya menyembunyikan sesuatu yang tidak disangka-sangka.

Iklan

Baca juga Haiwan yang terjatuh terus jadi keras seperti disimbah simen. Kisah misteri di sebalik sebuah tasik di Tanzania

“Pada saat itu, pihak polis belum dapat mengenal pasti identiti rangka manusia kerana menunggu keputusan DNA,” kata Pegawai Perhubungan Awam Polk County Sheriff, Brian Bruchey kepada Insider.

Margaret 'Jan' Shupe Smith youtube hilang

Pegawai polis tersebut bagaimanapun mengesahkan bahawa penemuan mayat wanita dengan jenis pakaian yang ditemui adalah milik Smith.

Berita itu melegakan hati ahli keluarga mangsa walaupun mangsa sudah tidak bernyawa lagi.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Tidak mahu kejadian sama berulang, papan tanda amaran dipasang di kawasan berhampiran sebagai peringatan kepada pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati.

Papan tanda dengan tulisan Jalan Mati Dalam Air diharapkan membuatkan masyarakat lebih berwaspada.