POLIGAMI di Republik Demokratik Congo adalah menyalahi undang-undang. Pun begitu, masih ramai mengamalkannya kerana dipengaruhi kepercayaan agama atau budaya setempat.

Seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Luwizo, 32, tidak pernah mengimpikan memiliki tiga orang isteri. Apatah lagi menikahi mereka sekali gus secara serentak.

Oleh kerana keunikan itu, perkahwinan yang jarang berlaku itu mendapat liputan meluas daripada media seluruh dunia.

Lelaki itu menjadi suami kepada tiga isteri yang merupakan pasangan kembar tiga Natasha, Natalie dan Nadege dan dilaporkan gembira semasa hari bahagia mereka yang dilangsungkan di Kalehe, berhampiran sempadan dengan Rwanda.

Baca juga: Benarkan suami kahwin lagi, isteri pertama aman tinggal bersama 7 madu

Baca juga: 8 Rakan Dibunuh Depan Mata, Mohon Bantuan Menerusi CCTV, Kisah Nelson Sarira Buat Ramai Sebak

TIDAK MAMPU MENOLAK

Luwizo mengakui tidak mampu untuk menolak apabila dilamar daripada adik beradik kembar teman wanitanya.

Menurut CNN News Nigeria, segala-galanya bermula apabila Luwizo berkenalan dengan Natalie di laman sosial Facebook.

Setelah lama bercinta dalam talian kedua-duanya mengambil keputusan untuk bertemu.

Apabila Luwizo tiba ke rumah Natalie, wanita lantas memperkenalkan adik-beradiknya kepada lelaki itu.

Baca juga: Sakit Kejang Perut Disangka Penyakit Bahaya, Rupa-Rupanya Wanita Ini Hamil Tanpa Sedar Saat Bersalin

TERLALU SEIRAS

Menurut Luwizo, dia terkejut apabila Natalie memperkenalkan adik-beradiknya kepadanya, dan dia hampir pengsan kerana mereka kelihatan sangat seiras.

Iklan

Geo TV melaporkan pasangan kembar tiga itu memutuskan untuk berkahwin dengan lelaki yang sama kerana setiap daripada mereka adalah ‘teman wanitanya.’

“Setiap kali  janji temu kami menyamar menjadi Natalie kerana dia tidak dapat membezakan.

“Jadi, kami bertiga akhirnya jatuh cinta dengan Luwizo. Pada mulanya, ia adalah teka-teki, tetapi tiada apa yang dapat menghalang kami kerana dia sudah jatuh cinta dengan kami,” kata salah seorang kembar.

Malah Natasha, Natalie dan Nadege berkata mereka sudah biasa berkongsi segala-galanya sejak kanak-kanak. Justeru bermadu bukanlah sesuatu yang sukar.

TIADA RESTU

Iklan

Walaupun ia merupakan pengalaman yang indah buat Luwizo, ibu bapanya difahamkan merestui dan tidak menghadiri majlis perkahwinannya.

Menurut Luwizo, dia perlu kehilangan sesuatu untuk mendapatkan yang lain dan gembira mengahwini wanita kembar tiga itu tanpa mengambil pusing kata orang.

Keunikan perkahwinan melibatkan pasangan kembar sentiasa mendapat perhatian ramai. Terdahulu, pasangan kembar Brittany dan Briana Deane, dari Virginia, Amerika Syarikat bertemu jodoh dengan pasangan kembar lelaki, iaitu Josh dan Jeremy Salyers pada Ogos 2018.

Pasangan kembar seiras Brittany dan Briana Deane berkahwin dengan lelaki kembar Josh dan Jeremy Salyers.

Perkahwinan unik itu kekal bahagia. Brittany dan Josh dikurniakan anak lelaki pada awal Januari lalu.

Baca juga: Pemuda Tak Sangka, Rezeki Nikah Dua Janda Muda Serentak

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI