Benarkan suami kahwin lagi, isteri pertama aman tinggal bersama 7 madu

A
A
A

SEJAK kebelakangan ini sebuah kisah poligami di negara jiran, Thailand menjadi perhatian ramai.

Seperti yang kita semua ketahui, lazimnya agak sukar bagi kebanyakan lelaki berpoligami untuk hidup harmoni walaupun hanya dua isteri dalam satu rumah.

Pelik tetapi benar, wawancara lelaki ini mengejutkan ramai apabila kisahnya hidup sebumbung bersama lapan orang isteri tular di media sosial .

Menurut Oddity Central, lelaki dikenali sebagai Ong Dam Sorot mempunyai profesion sebagai artis tatu.

Dia menjadi terkenal selepas muncul dalam rancangan TV yang menceritakan kisah poligaminya. Video wawancara itu telah ditonton lebih daripada tiga juta kali di YouTube sahaja.

Dalam temu bual, Sorot memberitahu isteri-isterinya bergaul dengan baik antara satu sama lain.

Bagaikan keluarga besar, mereka berkongsi hubungan yang harmoni tanpa pertelingkahan.

Baca juga: Pemuda tak sangka, rezeki nikah dua janda muda serentak

JATUH CINTA PANDANG PERTAMA

Cara dia bertemu dengan isteri-isterinya juga agak menarik. Semasa temu bual, Sorot mendedahkan bahawa dia bertemu isteri pertamanya, Nong Sprite, di majlis perkahwinan rakannya.

Manakala isteri keduanya, Nong L jatuh cinta pandang pertama ketika bertemi di sebuah pasar. Namun yang menjadi keanehan, walaupun mengetahui Sorot sudah beristeri, wanita itu tetap bersetuju untuk mengikat tali pertunangan.

Dalam temu bual itu, Sorot bahawa dia bertemu isteri ketiganya di sebuah hospital.

Bagi isteri keempat, kelima dan keenam, masing-masing ditemui lelaki itu menerusi media sosial Instagram, Facebook, dan TikTok.

Baca juga: Lelaki kahwin dua, sanding serentak, isterinya sama cantik

Sorot, yang tidak dapat berpuas hati dengan semua cinta yang telah diterima daripada enam isteri mudanya, bertemu seorang lagi wanita bernama Nong Film semasa dia melawat kuil bersama ibunya.

Menurut penerbitan itu, Sorot bertemu isteri kelapan dan terakhirnya bernama Nong Mai, semasa bercuti di Pattaya.

Bagaimanapun apa yang anehnya, empat isteri Sorot turut menemani suami mereka sepanjang percutian berkenaan semasa dia jatuh cinta sekali lagi.

PRIHATIN DI MATA PASANGAN

Rahsia perkahwinannya harmoni dan sejahtera adalah sifatnya yang menawan lagi penyayang.

Bercakap kepada saluran TV tersebut, semua isteri Sorot sebulat suara bersetuju bahawa suami mereka lelaki yang sangat prihatin dan bertimbang rasa.

"Dia mungkin lelaki yang paling prihatin dan bertimbang rasa yang pernah kami lihat.

"Dia melayan kami dengan baik, kami tidak mempunyai apa-apa untuk bertengkar," kata mereka dipetik Oddity Central.

Baca juga: Tak sangka poligami punca risiko kanser pangkal rahim. Suami ambil perhatian, jangan tuding jari pada isteri sahaja

Menurut laporan itu, Sorot sudah mempunyai seorang anak lelaki dengan isteri pertama dan kini sedang menunggu kelahiran cahaya mata kedua dan ketiga tidak lama lagi.

BUKAN KERANA WANG

Apabila ditanya mengapa memilih untuk mengahwini lelaki yang sudah berkahwin, -isteri-isteri Sorot berkata mereka jatuh cinta kepada lelaki itu. Ia sekali gus menafikan khabar angin perkahwinan yang terbina kerana wang.

Dalam pada itu, Sorot turut bercerita mengenai isteri-isterinya.

"Setiap ahli keluarga mempunyai tugas mereka dan isteri saya memperoleh pendapatan mereka dengan bekerja.

“Ada yang menjual pelbagai produk makanan, kosmetik dan aksesori buatan tangan,” kata Sorot.

Terdahulu, seorang lelaki India, Ziona Chana mempunyai keluarga terbesar di dunia, dengan 38 isteri dan 89 anak. Bagaimanapun Chana telah meninggal dunia pada tahun 2021.

Baca juga: Banteras nikah bawah usia, had umur perkahwinan perempuan Islam kekal 16 tahun 

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Oddity Central

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang