Tiga kali tunjuk kemaluan kepada pekerja pasar mini, mahasiswa perguruan ditahan polis
SEORANG mahasiswa ditahan polis gara-gara menunjukkan kemaluannya kepada pekerja pasar mini ketika beli barang di salah sebuah pasar mini dekat Bandar Lampung, Indonesia.
Lelaki yang dikenali sebagai Gaizka Dinti Azriel dikatakan memasuki pasar mini tersebut untuk membeli barangan di premis berkenaan.
Dengan keadaan zip seluar terbuka, Gaizka yang juga mahasiswa di salah sebuah institusi perguruan dengan sengaja mengeluarkan alat sulitnya sambil mengelilingi pasar mini berkenaan.
Tidak berhenti setakat itu, pelajar jurusan kejuruteraan awam itu terus menuju ke kaunter pembayaran untuk membeli beberapa minuman dan makanan dengan kemaluannya masih kelihatan.
Kejadian yang berlaku kali ketiga itu bagaimanapun sempat dirakam oleh pekerja pasar mini berkenaan kerana menganggap ia telah keterlaluan.
Pun demikian, Gaizka menafikan tindakan tidak bermoral itu dengan memberi alasan kononnya seluar yang dipakai mempunyai masalah zip.
Bertindak mengikut maklumat, polis berjaya menahan suspek di kediamannya selepas video lelaki berkenaan tular di media sosial.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang