TEKNOLOGI automotif Tesla mendahului dengan ciptaan kenderaan elektrik dengan fungsi pandu sendiri atau auto pilot.

Sabtu lalu, dua lelaki maut selepas kereta elektrik keluaran Tesla iaitu Tesla Model S yang dinaiki dipercayai diletakkan dalam mod pandu sendiri (auto pilot) merempuh sebatang pokok di Houston sebelum terbakar.

Dalam kejadian berkenaan, seorang lelaki berada di tempat duduk penumpang bahagian hadapan dan individu kedua pula duduk di belakang.

Tiada sesiapa di tempat duduk pemandu

Kejadian tersebut berlaku di Carlton Woods kira-kira pukul 11.25 malam. Kereta elektrik berkenaan merempuh pokok sebelum terbakar dengan penumpangnya masih berada dalam kenderaan dan tidak dapat diselamatkan.

Dalam makluman kepada stesen televisyen tempatan, pihak polis Texas mendapati tiada sesiapa berada di ruang tempat duduk pemandu ketika kemalangan. Mangsa pertama duduk di bahagian penumpang hadapan manakala mangsa kedua pula duduk di bahagian belakang.

Jalan mati

Selain itu, siasatan juga mendapati kereta elektrik bernilai RM330,490 itu bergerak pada kelajuan tinggi ketika ia gagal membelok setelah mendapati jalan mati, hilang kawalan dan terbabas.

Tambah pihak polis lagi, laporan siasatan mendapati tiada sesiapa yang berada di tempat memandu ketika kemalangan tersebut berlaku. Individu pertama duduk di bahagian penumpang hadapan manakala individu kedua pula duduk di bahagian belakang.

Polis juga mengandaikan ketika kejadian, pemilik kenderaan telah mengaktifkan mod pandu sendiri sebelum hilang kawalan lalu merempuh pokok dan terbakar.

Sangkal pandu sendiri jadi punca

Susulan daripada dakwaan itu, Elon Musk melalui Twitter menolak dakwaan fungsi pandu sendiri menjadi punca kepada kemalangan maut tersebut.

Kata Musk, log data yang diperolehi dari kereta tersebut menunjukkan sistem pandu sendiri tidak diaktifkan dan Tesla model keluaran 2019 yang terlibat kemalangan tersebut itu tidak memiliki perisian Full Self Driving (FSD). Jalan lokasi kemalangan berkenaan juga tidak mempunyai garisan seperti mana yang diperlukan oleh mod standard pandu sendiri untuk berfungsi.

Iklan

Terkini, pegawai keselamatan trafik sedang menyiasat kira-kira 23 kemalangan melibatkan kereta Tesla yang mana dipercayai fungsi auto-pilot diaktifkan walau pun Elon Musk menegaskan fungsi pandu sendiri sepuluh kali lebih rendah untuk mengalami kemalangan berbanding kenderaan lain yang ada di jalan raya.

Syarikat pengeluar kenderaan Tesla sentiasa memberi peringatan kepada para pelanggan mereka yang mod pandu sendiri bukan satu sistem yang membolehkan kereta tersebut beroperasi dengan sendiri sepenuhnya. Pemandu dikehendaki berhati-hati dan perlu sentiasa bersedia sekiranya perlu mengawal kereta semula.

Iklan

Kekayaan menyusut hampir 6 bilion

Akibat kejadian buruk ini, nilai Elon Musk turun hampir US$ 6 bilion ekoran nilai syer Tesla yang menurun sebanyak 3.8%. Kekayaan Musk kini bernilai US$ 174.1 bilion di bawah Jeff Bezos yang bernilai US$ 195.9 bilion dan Bernard Arnault yang memiliki harta US$ 180.3 billion.

Sumber: Forbes