Tragis! Pelajar perempuan umur 14 tahun sanggup bakar asrama hanya kerana telefon bimbit. Ini kronologi kejadian

Tragis! Pelajar perempuan umur 14 tahun sanggup bakar asrama hanya kerana telefon bimbit. Ini kronologi kejadian

HANYA kerana telefon bimbit dirampas, seorang pelajar perempuan sanggup membakar asrama sekolahnya sehingga meragut 19 nyawa.

Kejadian berlaku pada Isnin di sebuah sekolah di Guyana, Georgetown, Amerika Selatan.

Suspek yang turut cedera dalam kebakaran itu sebelum ini dikenakan tindakan disiplin selepas didapati mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki berusia.

Baca juga 3 biji rumah terbiar dijual pada harga RM15! Sebab terlalu murah giler, wanita ini lakukan sesuatu yang buat ramai terkesima

Iklan
Iklan

Mungkin sebagai tunjuk protes, dia bertindak di luar batasan membabitkan kematian ramai!

Menurut portal berita tempatan, berikut kronogi kejadian;

1. Dia didakwa ada mengugut untuk membakar bilik asrama dan suspek kemudian bertindak memulakan pembakaran di kawasan bilik air.

2. Api merebak cepat ekoran struktur bangunan diperbuat daripada kayu.

3. Ramai pelajar gagal menyelematkan diri kerana bangunan asrama berkenaan dikunci warden asrama seperti kebiasaannya.

4. Suspek berusia 14 tahun itu kini sedang dirawat di hospital dan bakal dibawa ke pusat tahanan juvana sebaik keluar dari hospital nanti.

Baca juga ‘Rajwa adalah jawapan sempurna kepada doa saya.’ Permaisuri Rania gembira & teruja bakal terima menantu perempuan

Kredit foto: Reuters

5. Sementara itu, beberapa pelajar memberitahu penyiasat bahawa mereka terjaga apabila terdengar jeritan dan melihat api memenuhi ruangan bilik air asrama.

6. Ahli patologi kerajaan yang melakukan bedah siasat post-mortem ke atas enam mayat menyenaraikan sebab kematian mereka sebagai keracunan asap dan luka terbakar.

7. Dalam pada itu 13 mayat lain telah dipindahkan ke ibu negara Georgetown untuk pengesanan DNA dan hampir 30 kanak-kanak lain dirawat di hospital.

Menteri Pendidikan Priya Manickchand sebelum ini enggan membincangkan penglibatan pelajar tersebut.

Ketika ditanya mengenai dakwaan bahawa asrama itu tidak dilengkapi dengan sistem amaran kebakaran moden dan pelajar tidak dilatih dalam latihan kebakaran, Manickchand berkata bahawa kejadian masih dalam siasatan.

Presiden Irfaan Ali turut bertemu beberapa ibu bapa kanak-kanak mangsa selepas melawat hospital Mahdia dan mengisytiharkan tempoh tiga hari berkabung kebangsaan.

Sumber: BuletinTV3, astroawani

Baca juga Anak istimewa raih 3 anugerah tertinggi di Amerika, Dewi Yull luah rasa syukur & bangga!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi!

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

‘Alhamdulillah, selesai’. Individu hina anak Caprice melutut mohon maaf, solat taubat di masjid

BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…

2 hours ago

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

5 hours ago

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

7 hours ago

Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…

7 hours ago

Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…

9 hours ago

Nedim nafi rumah tangga bergolak, akui masih sayangkan Nora. ‘Hanya gaduh-gaduh manja’

EKORAN pengakuan pelakon Nora Danish mengenai kemelut yang melanda rumah tangganya, terbaharu suaminya, Nedim Nazri…

12 hours ago