Tular video wanita angkut bakul syiling ke kedai emas, rupanya ini yang terjadi

HAMPIR semua wanita meminati barang kemas khususnya yang diperbuat daripada emas.

Ibarat tidak boleh dipisahkan, memang menjadi fitrah wanita yang suka bercantik-cantik dan mahu kelihatan indah.

Maka tak hairanlah apabila ramai kaum hawa yang sunggup berhabis ribuan ringgit demi mendapatkan logam berharga tersebut.

Seperti baru-baru ini tular sebuah klip video di media sosial Thailand memaparkan situasi seorang pelanggan wanita mengunjungi sebuah kedai emas dengan membawa wang syiling.

Memetik laporan laman berita Khaosod, pemilik kedai emas berkenaan tidak menyangka pelanggan membawa duit syiling sebanyak itu.

Pemilik kedai emas yang terletak di wilayah Maha Sarakham, Bangkok, Tangmo Konkrakkwai berkata, seorang pelanggan menghubunginya pada 26 Februari lalu dan bertanya sama ada kedai itu menerima duit syiling jika dia ingin membeli emas.

Baca juga Bersinar bling-bling! Wanita 13 tahun kerja kedai emas kongsi cara betul cuci barang kemas sendiri, mudah je rupanya

Tangmo menjawab bahawa pihaknya menerima pembayaran melalui syiling tetapi tidak menyangka ia adalah menjadi sebanyak itu.

Apabila melihat seorang pelanggan datang membawa bakul biru besar yang dipenuhi wang syiling, Tangmo terkejut dan meminta izin untuk merakam kejadian itu.

Iklan

Menurut Tangmo, rupa-rupanya pelanggan itu berasal dari bandar Roi Et dan merupakan pemilik sebuah kedai dobi automatik. Oleh sebab itu, dia mempunyai banyak wang syiling.

Baca juga Elak kena scam penipu emas, ini trik boleh selamatkan duit poket wanita

Walaupun agak sukar kerana perlu mengira longgokan duit syiling satu persatu, Tangmo meminta lima pekerjanya untuk mengira syiling tersebut dan tidak mengenakan bayaran untuk tugas pengiraan.

Menariknya, pelanggan wanita itu dapat membeli tujuh bentuk cincin emas dan turut mendapat diskaun selain hadiah sagu hati berupa topi.

Iklan

Sumber: Agensi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.