Tunangkan anak 7 tahun kerana ‘berhajat’ di Tanah Suci, bapa dedah dikecam. ‘Jika ia putus, saya serahkan kepada ALLAH’

DITUNANGKAN pada usia tujuh tahun, seorang kanak-kanak perempuan menjadi viral di laman sosial susulan umurnya yang terlalu muda.

Ketika kanak-kanak seusianya leka bermain dengan rakan-rakan, si kecil itu sudah dilamar dan diikat dengan perjanjian akan dinikahkan dengan kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun.

Bapa, Zahari, 45, dari Desa Dharma Camplong, Kecamatan Camplong, Kabupaten Sampang, Jawa Timur menjelaskan menerima pelbagai reaksi daripada saudara-mara bertanyakan kebenaran video yang tersebar.

“Saya tidak tahu videonya sudah tular gara-gara TikTok. Saya banyak ditanya tentang kebenarannya,” ujar Zahari kepada Kompas.

Baca juga: Budak tadika hadiahkan jongkong emas kepada ‘bakal isteri’ sebagai tanda pertunangan. Memang rare!

Baca juga: Mewah lain macam, gadis terima hadiah 50 utas rantai emas hari pertunangan

Baca juga: Terima mas kahwin 1 bilion termasuk 500 gram emas, pernikahan anak pendakwah ini buat ramai ternganga, bertuah badan!

Iklan
Iklan
Bapa kanak-kanak berkenaan, Zahari menjelaskan anaknya hanya akan dikahwinkan selepas tamat belajar. (Kredit foto: Kompas)

Tidak hanya bertanya, kata Zahari, ada yang marah-marah susulan membaca komen di laman sosial berkenaan.

“Ramai yang mempertikaikan keputusan, seakan-akan tindakan saya salah. Bahkan ada yang menyangka anak saya dinikahkan.

“Pengaruh media sosial yang ditularkan tanpa wawancara membina persepsi salah ,” tutur Zahari.

Baca juga: Remaja lelaki 15 tahun jadi wali nikahkan kakak sendiri raih pujian. ‘Sejuk perut mak awak, dik’

Baca juga: Pengantin terima mas kahwin 2 hektar kebun sawit, hadiah 2 hektar tanah, sebuah Pajero buat warganet terkesima, beruntung badan!

Tangkap layar TikTok @massaki90

 

Ujarnya lagi, si kecil tidak tahu-menahu tentang lamaran berkenaan.

Bahkan, pertunangan puterinya itu hanyalah pengikat yang mengeratkan hubungan persaudaraan dalam keluarga besar Zahari dan isterinya, Zainab.

“Pertunangan itu bermula dengan ikrar saya dan isteri ketika menunaikan haji lapan tahun lalu. Jika di kemudian hari pertunangan ini putus, saya kembalikan kepada ALLAH yang menentukan jodoh,” kata Zahari.

Zahari dan bakal besan bersetuju perkahwinan putera dan puteri mereka hanya akan dilangsungkan apabila kedua-duanya sudah dewasa dan proses pendidikan selesai.

“Pendidikan mereka mesti lengkap, lebih-lebih lagi cita-cita anak saya untuk menjadi doktor,” katanya.

PERTEMUAN DI TANAH SUCI

Segalanya bermula lapan tahun lalu apabila Zahari dan Zainab bertemu dengan salah saudara mereka, Moh Zahri serta isteri, Zulaiha ketika pasangan itu menunaikan haji di Makkah.

Pertemuan di Tanah Suci itu mengubat kerinduan selepas berpuluh tahun tidak berjumpa. Bagi mengelakkan ‘hilang’ lagi dan memastikan kedua-dua keluarga sentiasa berhubung, mereka berniat untuk memadankan anak-anak sebagai pengikat tali persaudaraan.

“Di Baitullah, kami berikrar anak saya akan dipinang oleh anak keluarga yang ditemui di Makkah lapan tahun lalu,” kata Zahari.

Ketika pertemuan itu, Zainab sedang sarat mengandung, begitu juga dengan Zulaiha.

“Sejak lahir, anak saya sudah dianggap bakal menantu manakala anak mereka pula bakal menantu lelaki kami,” kata Zahari.

Tambahnya lagi, sejak bertunang secara tidak rasmi, keluarga besan sering menghantar pelbagai hadiah berupa pakaian kepada puterinya terutama menjelang hari raya.

TULAR DI LAMAN SOSIAL

Terdahulu, majlis pertunangan kanak-kanak berkenaan menjadi viral di laman sosial. Menerusi video dimuat naik di TikTok, anak kecil berkenaan menerima sebentuk cincin dan gelang emas daripada keluarga pihak lelaki.

Sebentuk cincin dan barangan yang diterima pihak perempuan

Kanak-kanak perempuan berkenaan yang memakai persalinan hijau muda hanya mendiamkan diri dan bersalaman dengan para tetamu.

Pertunangan unik itu turut mendapat perhatian Perwakilan Badan Kependudukan dan Keluarga Berencana (BKKBN) Provinsi Jawa Timur.

Ketua Perwakilan berkenaan, Maria Ernawati menjelaskan, pertunangan anak adalah amalan budaya tempatan di Madura, bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Perwakilan Badan Kependudukan dan Keluarga Berencana (BKKBN) Provinsi Jawa Timur, Maria Ernawati

Pun demikian, perkahwinan kanak-kanak menimbulkan risiko kepada kesihatan dan ekonomi.

Justeru, kerajaan Indonesia cuba menghalang perkahwinan kanak-kanak dengan memperkenalkan undang-undang yang menaikkan umur boleh berkahwin daripada 16 kepada 19 tahun.

Bagaimanapun, mahkamah agama masih boleh memberikan pengecualian berhubung perkara itu.

Sumber: Kompas 1 , 2

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Share
Azma ML

Published by
Azma ML

Recent Posts

‘Alhamdulillah, selesai’. Individu hina anak Caprice melutut mohon maaf, solat taubat di masjid

BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…

3 hours ago

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

6 hours ago

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

8 hours ago

Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…

8 hours ago

Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…

10 hours ago

Nedim nafi rumah tangga bergolak, akui masih sayangkan Nora. ‘Hanya gaduh-gaduh manja’

EKORAN pengakuan pelakon Nora Danish mengenai kemelut yang melanda rumah tangganya, terbaharu suaminya, Nedim Nazri…

13 hours ago