OBSESI terhadap permainan yang diulit sejak kecil iaitu patung Barbie menyebabkan wanita ini sanggup mengubah penampilan diri.

Jika orang lain barangkali hanya mengidamkan wajah comel dan anggun persis rupa patung itu, tetapi wanita muda ini tekad merealisasikan muka, bahkan bentuk tubuhnya iras Barbie.

Hingga kini wanita yang bernama Barbara Luna Sipos berasal dari Budapest, Hungary ini berpuas hati dengan memiliki penampilan dengan rupa seakan boneka Barbie yang hidup.

Semuanya setelah Barbara akhirnya berjaya melakukan pelbagai prosedur kecantikan. Wanita baharu berusia 22 tahun ini juga melakukan implan payudara agar penampilannya mirip Barbie.

Memetik laporan Yahoo Australia, 9 Julai lalu, Barbara mengatakan susulan prosedur yang dijalani,  penampilannya kini dianggap terlalu seksi terutama untuk  dirinya yang sebelum itu bekerja di sebuah pejabat sebagai penyambut tetamu. Ironinya, Barbara merasa kerap menjadi objek seksual rakan-rakan sekerjanya yang terdiri daripada lelaki.

“Sebenarnya saya sudah merasakan terlalu ingin menjadi karakter Barbie ini ketika pada usia 17 tahun saat bermain Barbie. Saya mula mengubah penampilan agar sama seperti Barbie,” katanya.

Kini, dia memilih untuk berhenti bekerja dan lebih selesa untuk menjadi model seksi, malah jujur mengakui bahawa menjadi model cukup untuk membiayai hidupnya.

Dalam pada itu, lapor thesun.co.uk/, bekas suami Barbara menolongnya mencapai penampilan anak patung hidup yang berambut perang ini dengan kos £ 135,000 atau RM727k.

Barbara telah menjalani 10 pembedahan – termasuk meningkatkan ukuran payudaranya daripada 34B menjadi 34F.

Iklan

Pembedahannya juga merangkumi £ 12,000 untuk rhinoplasties serta pengurangan dagu dan rahang garis V dan pembedahan dahi Barbie yang masing-masing berharga £ 12,000.

Dia juga menjalani browlift dengan harga £ 5,000, angkat bibir dengan harga £ 2.300, rawatan pengisi bibir dengan harga £ 6,300, dan pembedahan vagina sekitar £ 5,500.

Iklan

Barbara mengatakan ada kelemahan untuk semua pembedahan kerana ramai kadang-kadang tidak menganggapnya serius.

Justeru dia cuba mengelilingi dirinya dengan “orang yang berfikiran terbuka”.

Berani sungguh Barbara ubah penampilan diri. Ada yang mahu mengikut jejak langkahnya? Eloklah fikirkan semula! -AG #JanganPutusAsaMalaysia