ULAR adalah kelompok reptilia tidak berkaki dan bertubuh panjang yang hidup merata di dunia.

Seorang wanita berdepan dengan detik mendebarkan apabila doktor cuba mengeluarkan seekor anak ular daripada telinga kirinya dalam kejadian yang dipercayai di India.

Menerusi sebuah video yang tular di laman sosial, kelihatan ular berwarna kuning yang masih hidup beberapa kali membukakan mulutnya tersekat pada lubang telinga wanita itu.

Dalam pada itu kelihatan wanita tersebut turut mempamerkan reaksi muka seperti sedang menahan kesakitan ketika reptilia itu membuka mulut.

Dapat dilihat juga doktor berdepan kesukaran apabila beberapa kali berusaha untuk menarik keluar ular terbabit dengan menggunakan sepit kecil atau tweezer.

Baca juga 4 tahun wanita baru tahu hilang satu buah pinggang, dakwa suami ‘curi’, jual tanpa kebenaran

Namun sayangnya, meskipun sudah sebahagian badan ular ditarik keluar, namun haiwan berkenaan memilih untuk masuk semula badannya ke dalam telinga wanita malang itu.

Oleh sebab itu doktor terpaksa menggunakan cecair khas ke atas ular terbabit agar dapat memudahkan proses untuk mengeluarkannya.

Video yang dimuat naik oleh pemilik Facebook bernama Chandan Singh itu menarik banyak tontonan di media sosial tetapi berakhir tanpa mendedahkan sama ada ular itu berjaya dikeluarkan atau tidak.

Bagaimanapun, lokasi atau masa kejadian tidak didedahkan dalam video tersebut.

Video berkapsyen “Ular itu masuk ke dalam telinga” itu juga menunjukkan beberapa percubaan oleh doktor, manakala setiap teknik yang digunakan, gagal mengeluarkan ular dari dalam telinga pesakit wanita.

Sehingga kini, video berkenaan meraih hampir 100,000 tontonan dan rata-rata warga maya gerun melihatnya.

Iklan

“Aduhai macam mana boleh ada kat telinga, tak perasan ke benda tu?”

“Takutnya weh, aku tak mampu bayangkan kalau ia terkena pada aku.”

“Sentiasalah cek telinga masing-masing takut betul benda asing macam ni membiak.”

Baca juga Bukan jadi mangsa, sebaliknya remaja perempuan 17 tahun jadi dalang sindiket! Satu Filipina terkejut

Iklan

“Buat aku takut untuk lelapkan mata malam ni… haish benda bukan boleh buat main ni, ular kot!”

“Aduhai ular pergilah kau duduk dalam semak sana, jangan kacau kehidupan manusia la, takutnya!”

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.