'Umur 4 tahun ditinggalkan di stesen kereta api...' Wanita ini kongsi momen kembali ke rumah anak yatim selepas 18 tahun bikin sebak!
SETIAP orang memiliki kisah hidup yang berbeza. Namun, kadangkala ujian tersebut menjadi jalan untuk sebuah kebahagiaan yang tidak disangka-sangka, sekali gus memberi inspirasi kepada orang lain.
Kisah seorang wanita bernama Shivani Schulz menjadi bukti bagaimana kasih sayang dan sokongan daripada sebuah keluarga mampu mengubah kehidupan seseorang secara menyeluruh.
Pada usia empat tahun, Shivani ditinggalkan oleh keluarga kandung di sebuah stesen kereta api dekat India dan dibawa ke rumah anak yatim berdekatan.
“Pada usia empat tahun, aku ditinggalkan di sebuah stesen kereta api dan kemudian dibawa ke rumah anak yatim,"tulisnya.
Di sana, beliau hanya mampu bermimpi tentang bagaimana kehidupan dalam sebuah keluarga yang sempurna.
Namun siapa sangka, segala-galanya berubah apabila sepasang suami isteri ke rumah anak yatim berkenaan seperti memberi sinar harapan baharu buatnya.
Pasangan itu kemudian mengambil Shivani sebagai anak angkat dan membawanya ke Amerika Syarikat.
“Suatu hari, ibu bapa angkatku datang melawat rumah anak yatim itu, seperti membawa harapan bahari.
“Mereka mengambilku sebagai anak, dan aku berpindah ke Amerika Syarikat bersama mereka,"katanya.
Walaupun masih mempersoalkan masa lalunya, wanita itu mendapati cinta dan sokongan daripada keluarga angkatnya telah membantunya membina kepercayaan dan kebahagiaan dalam hidup.
“Membesar, aku sering mempersoalkan tentang masa laluku.
“Tetapi ibu bapa angkatku sangat baik dan sabar melayan segala pertanyaan.Kasih sayang mereka membantuku membina kepercayaan dalam hubungan,"titipnya.
Bertahun-tahun kemudian, beliau menemui cinta sejatinya bersama Austin, seorang lelaki yang menerima dirinya seadanya.
Shivani akhirnya kembali ke India bersama suami dan anak perempuannya untuk mengunjungi rumah anak yatim yang pernah menjadi tempat perlindungannya.
“Enam bulan yang lalu, Austin dan aku melawat India bersama anak perempuan kami.
“Suamiku menggalakkan aku untuk melawat rumah anak yatim itu.
Pertemuan dengan penjaga di rumah anak yatim itu membawa kembali memori dan Shivani tidak dapat menahan sebak apabila mengenangkan perjalanan hidupnya.
“Aku kembali melawat rumah anak yatim tempat aku diambil sebagai anak angkat selepas 18 tahun.
“Aku bertemu penjaga lamaku, dan aku tidak dapat menahan air mata.
Kisah meruntun jiwa ini membuktikan bahawa kasih sayang sebenar mampu membawa perubahan positif dalam kehidupan seseorang walaupun dari orang yang tiada pertalian darah.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang