KETIKA kanak-kanak seusianya masih tantrum dan bermain, seorang kanak-kanak dari Kenya ini sudah pun bergelar Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Malah ibunya mensasarkan si kecil, Asia Brown untuk bergelar jutawan sebelum mencecah usia lima tahun!

Diberi nama timangan Boss Baby oleh ibunya, Vera Sidika, Asia dilantik sebagai CEO ketika berusia enam bulan.

“Anak saya adalah salah seorang CEO termuda di dunia. Saya sangat bangga. Dia akan menjadi jutawan pada usia lima tahun,” ujar Vera dalam temu ramahnya dengan Fabulous.

Dilahirkan pada 20 Oktober 2021, Asia merupakan CEO syarikat yang menjual produk penjagaan rambut dan penjagaan kulit organik untuk bayi.

Baca juga: Jual aksesori rambut, mainan raih lebih RM500,000 sebulan, jutawan muda 11 tahun ‘bersara’ awal tumpu pelajaran

Difahamkan, syarikat berkenaan mengeluarkan lebih 10 produk dan barangan penjagaan kuliti bayi dan berupaya meredakan ekzema. Sejak dilancarkan dua tahun lalu, sebanyak 9,000 unit sudah terjual.

Ibu Asia, Vera terlebih dahulu melakar kejayaan sebagai bintang realiti TV, model dan jutawan self-made yang berjaya.

Vera bergelar jutawan selepas mengeluarkan produk detoks dinamakan Veetox.

Kehidupan anak kecil itu dilingkari kemewahan. Ketika sambutan ulang tahun kelahiran Asia, parti mewah diadakan dengan kos melebihi 10,000 pound (RM57,934.42). Kalah keluarga Kardashian!

Tidak hanya itu, pesta bertemakan merah jambu yang mewah itu dihiasi dengan aksen emas, lebih 7,000 belon, bunga segar dan khemah marquee yang luas.

Dalam parti mewah itu, si kecil Asia merima hadiah barang kemas berupa anting-anting bernilai 7,000 pound (RM40,554.10).

Baca juga: Jutawan termuda di dunia berusia 9 tahun, miliki Bentley, terbang dengan jet peribadi

Iklan

Biarpun ramai yang mengkritik cara Vera yang memanjakan Asia dengan kemewahan, ibu jutawan itu berkata anaknya memang berhak dilayan sedemikian.

“Saya tidak kisah apa yang orang fikir. Ia adalah wang saya dan saya melabur dengan bijak dan bekerja keras.

“Asia adalah bayi yang hebat,” ujar Vera.

Semoga impian Vera untuk melihat Asia menjadi jutawan paling muda di dunia menjadi kenyataan.

Sebelum ini SinarPlus berkongsi tentang jutawan muda, Pixie Curtis yang mula berniaga mainan dan hiasan rambut ketika pandemik.

Meraih kekayaan pada usia muda, Curtis mengumumkan bersara pada usia 11 tahun bagi menumpukan perhatian kepada pelajaran.

Iklan

Sumber: The Sun

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!