GUNUNG berapi Semeru memuntahkan lava. Letusannya baru-baru ini mengakibatkan 14 orang maut, 56 orang penduduk sekitar cedera parah manakala 10 lagi dilaporkan hilang.

Video yang memaparkan letusan gunung tertinggi di Pulau Jawa itu berlegar di pelbagai platform media sosial.

Antaranya ialah situasi keadaan semasa peringkat awal letusan dan cemasnya penduduk melarikan diri.

@yuvita_hermawanYa Allah semoga g ada apa2. Aamiin 🤲 Lumajangku 04.12.2021♬ suara asli – Yuvita Yulia Windari – Yuvita_Hermawan

@r14a4n #fypシ #pray gunung sumeru#indonesia ♬ suara asli – Sholihin R

Terdapat juga perkongsian video yang memaparkan keadaan di perkampungan sekitar Gunung Semeru menjadi gelap gelita akibat daripada muntahan debu tebal.

Gunung berapi setinggi 3,676 meter dari aras laut itu mengeluarkan debu panas bercucuran seperti hujan jatuh ke tanah dan mengakibatkan kebimbangan penduduk.

Baca juga: Bapa Vanessa Angel Nekad Gali Semula Kubur

Sekurang-kurangnya 11 kampung di daerah Lumajang, barat Jawa ditenggelami abu gunung berapi.

Menurut AFP, sejumlah 56 individu dilaporkan cedera dengan kebanyakan mereka melecur selepas menyangka lahar panas itu air banjir.

“Saya melihat 10 penduduk dibawa oleh arus deras.

“Penduduk di sini menyangka kejadian banjir yang sering berlaku di kawasan ini. Kami tidak tahu ia sebenarnya lahar panas.

“Tiba-tiba langit menjadi gelap dan hujan turun,” kata Salim, seorang penduduk di Kampung Renteng.

@es_campur_ Balas @husenanwarramdani Teriakan warga sekitar gunung semeru 🥺😭 #fyp #gunungsemeru #lumajang #semerulumajang #semeruerupsi #semerumeletus #semeru ♬ suara asli – Es Campur

Seperti rakaman yang dikongsikan penduduk sekitar, pengguna Tiktok @ayamaho_3 mendakwa rakaman tersebut dibuat pada jam 4.30 petang.

Suasana sekitar sangat gelap gelita seperti malam.

@rizal_380 minta doanya prend#mahameru #lumajang #meletus #SpotifyWrapped #CleanClearConfident #xyzbca #foryou #fyp ♬ suara asli – DENII

Susulan abu yang dimuntahkan, rumah penduduk tenggelam sehingga ke paras atap.

@rikecantikk pemukiman warga tertutup abu gunung semeru#semeru #gunungsemeru #xyzbca ♬ suara asli – chocolatos – Rike Puri Anggraeni

Untuk rekod, Jawa merupakan populasi terbesar di Indonesia dan menempatkan ibu negaranya iaitu Jakarta.

Gunung Semeru atau Sumeru adalah gunung berapi tertinggi di Jawa, dengan puncaknya Mahameru, 3,676 meter dari aras laut.

Kawah di puncak Gunung Semeru dikenal dengan nama Jonggring Saloko.

Tidak hanya kini, gurung berapi aktif itu sudah berpuluh kali meletus dan memuntahkah lava.

Iklan

Baca juga: [VIDEO]Wanita OOTD Di Telaga Tujuh Langkawi Tetiba Muncul Wajah Misteri Buat Ramai Seram

Sejarah letupan Semeru adalah seperti berikut:

8 November 1818.

Letusan pertama gunung yang menjadi kegemaran para pendaki itu ialah sekitar 200 tahun.

2 Februari 1994

Gunung Semeru mencatat sembilan kali letusan pada 1994. Letusan paling dahsyat terjadi di awal tahu itu yang mana menimbulkan asap putih tebal dengan ketinggian 500 meter.

Selain asap putih, terjadi 34 kali aliran lava ke arah Besuk Kembar pada jarak sejauh 1 kilometer (km).

23 Disember 2002

Iklan

Pada awal 2000-an, Semeru mencatat lapan kali letusan yang mana letusan terbesar ialah sambutan Hari Natal 2002.

Dua hari berselang, letusan kembali terjadi di kawah utama dengan jumlah letusan sebanyak tujuh dan lapan kali. Pasca letusan, lava panas memasuki bahagian hulu Besuk Kembar pada jarak sejauh 250 meter.

1 Disember 2020

Letusan Gunung Semeru ketika itu diikuti guguran awan panas dari punca dengan jarak  dua kilometer hingga 11 kilometer.

Kini penduduk yang terlibat dalam tragedi itu trauma dan kehilangan harta benda. Sama-sama kitra doakan moga dipermudahkan urusan penduduk di sana.

Baca juga: [VIDEO] Jarang dilihat manusia, jerung paling ganas di dunia, penuh parut, kesan gigit 

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Liputan 9, BBC Indonesaia, AFP, TikTok@ayamaho_3, Rike Puri Anggraeni, Yuvita_Hermawan