SEEKOR jerung putih besar atau great white shark penuh parut dirakam berenang berhampiran Kepulauan Neptune di Australia Selatan.

Perairan kepulauan Neptune dipercayai rumah kepada 1,000 ekor jerung yang dikenali sebagai Carcharodon carcharias itu.

Great white shark dikategorikan sebagai paling ganas di dunia  berenang di lautan berkenaan dengan kesan parut dan gigitan.

Seorang ahli sinematografi bawah air, Dean Spraakman merakam aksi jerung berkenaan ketika dalam ekspedisi di perairan itu Januari lalu.

Spraakman berkata pemangsa berukuran 11 kaki itu “mesra” dengan pasukannya.

Bagaimanapun mereka tidak dapat memastikan apa yang menyebabkan kesan luka dan parut pada kulit jerung malang itu.

Spraakman dan pasukan profesionalnya berkata mereka tidak pernah melihat seekor jerung yang cedera teruk sebegitu sebelum ini.

Anggapan mereka mungkin jerung itu bermungkinan terkena kipas bot atau terperangkap dalam pukat perangkap ikan tuna.

“Saya sedar ia mempunyai parut sekilas pandang tetapi saya tidak dapat menganggar kepanjangan luka dan calar itu sehingga saya menyemak rakaman video.

“Walaupun sakit dan cedera, ia sangat tenang ketika menghampiri kami. Malah ia mempunyai rasa ingin tahu yang hebat,” katanya.

Menurut Dean, jerung itu berenang menghampiri pasukannya dengan lebih dekat, kira-kira pada jarak sedepa.

Menurut penjelajah National Geographic, Prof Yannis Papastamatiou membuat spekulasi bahawa parut dan luka tersebut mungkin berpunca daripada pergaduhan haiwan itu dengan jerung lain.

Menurut Tabung Alam Sedunia (WWF), jerung putih ialah ikan pemangsa terbesar di dunia.

Iklan

Spesies ikan paling agresif ini tidak akan mengunyah mangsa sebelum ditelan.

Walaupun memiliki 300 batang gigi yang tajam, jerung hebat itu hanya akan merobek tubuh mangsanya dan menelan begitu sahaja.

Baca juga: Lelaki Jalani Pembedahan Cantum Kemaluan Digigit Ular Tedung Paling Berbisa

Iklan

Baca juga: [VIDEO] Datang untuk merisik, bapa minta pasangan kekasih terus bernikah

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Mirror

Foto: Sea Dragon